Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Menu Ramadan Hari Ke 2 - Sup Kentang, Ikan Siakap Goreng Kunyit Dan Rojak Asma

Menu ramadan hari ke 2, hanya menu simple mengisi perut. Hujan turun amat lebat menyebabkan kami tak dapat pergi bazaar ramadan. Maka, kita masak apa yang ada dan ada buah tangan extra dari En suami yang balik dari kerja. Apa menu tambahannya? 

Menu ramadan hari ke 2 kami adalah sup kentang + tahu jepun + cendawan dengan ikan siakap goreng kunyit. Hmm.. dah sedap tu. Simple je

Menu Ramadan Hari Ke 2 - Sup Kentang, Ikan Siakap Goreng Kunyit Dan Rojak Asma

Lepas tu, En suami balik dalam hujan lebat sempat beli rojak asma, air kathira dengan nasi ambang 2 bungkus. Nasi ambang tak ada dalam gambar.. hehe

Kuah rojak tu sedap tetapi bahan yang suami pilih untuk rojak tu yang kurang sedap. Tempe digoreng keras, paru goreng pula liat. Tak apa la, tak ada rezeki namanya.. 

Menu Ramadan Hari Ke 2 - Sup Kentang, Ikan Siakap Goreng Kunyit Dan Rojak Asma

Menu Ramadan Hari Ke 2 - Sup Kentang, Ikan Siakap Goreng Kunyit Dan Rojak Asma

Dan saya sempat sediakan agar-agar santan warna pink bandung.. itu pun ada ceritanya. Jadilah warna tak berapa nak ngam, seperti dalam gambar tu. Tetapi... rasanya alhamdulillah sedap. Tak la kecewa sangat.

Jadi, menu ramadan hari ke 2 kami adalah sup kentang dan ikan siakap goreng kunyit, nasi ambang, rojak asma dan juga air kathira dan pemanis mulut buat sendiri iaitu agar-agar santan warna pink bandung. 😅😅

Simpan sini sebagai memori.. 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close