Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Agar-Agar Susu Yang Mudah

Resepi Agar-Agar Susu. Saya kongsikan cara  nak buat agar-agar susu yang sama sedapnya dengan agar-agar santan. Cara penyediaan agar-agar susu yang saya gunakan agar-agar serbuk ni amat mudah nak buat. Murah je kosnya. 

Resepi asas agar-agar adalah ilham dari resepi cik Lina cik Lina 



Nota:
Agar-agar susu versi saya terhasil agak "pelik" sebab saya campur sagu biji, dia sejat di bawah pulak. Hehe... Tapi yang penting rasanya sedap.

Bahan-Bahan:


10g agar-agar serbuk
800ml air
200ml susu cair
3/4 cawan gula (~180gm)
sedikit pewarna kesukaan
1 ketul gula batu (saya tak letak sebab tak ada stok)
sedikit garam
3 helai daun pandan simpul
Sedikit sagu biji, jika suka - direndam hingga lembut

Ikut resepi ni, rasa manis secukup rasa dan ngam je keras agar-agar tu.

Cara-Cara penyediaan agar-agar susu


1. Satukan air, agar-agar serbuk, gula, daun pandan, pewarna pilihan dan gula batu (jika ada) ke dalam periuk. Masak hingga agar2 dan gula hancur.

2. Apabila mendidih, matikan api.

3. Buat 2 bekas berasingan. Satu bekas agar-agar kosong, simpan dalam peti sejuk hingga agak keras.

4. Bekas lagi satu campur dengan susu cair. Tuang ke atas agar-agar bekas pertama tadi di atasnya. Jadi lapisan.  Simpan dalam peti ais supaya agar agar mengeras.


Potong mengikut kreativiti dan agar agar susu sedia dihidang.

Selamat mencuba.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close