Oleh kerana benda dah agak viral, saya pun ada beli seekor ayam kampung kacuk yang agak besar, harga seekor adalah RM50 siap diproses.


Kaki ayam kampung kacuk berwarna kuning. Agak besar saiz dan ada balung. Tetapi tidak seaktif ayam kampung original.
Bila telah diproses, anda akan nampak kakinya yang panjang dan agak berisi berbanding ayam kampung biasa.



Cadangan menu masakan yang sesuai dengan ayam kampung kacuk adalah:
1. Ayam kampung kacuk masak kari
2. Ayam kampung kacuk masak rendang kunyit
3. Sup ayam kampung kacuk
Oleh kerana dagingnya yang lebih kenyal, ia perlu dimasak agak lama dan amat sesuai untuk masakan yang berkuah. Kalau nak cepat masak, gunalah pressure cooker 😅😅
Saya belum masak lagi ayam kampung kacuk tu, bila dah siap masak saya akan kongsikan rasanya. Okay 👌👌
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
0 Ulasan