
Resepi cucur kelapa yang rangup
Bahan-bahan:
1 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk kecil kelapa parut
1 biji bawang merah - dihiris
Garam dan gula (jika suka) secukupnya
1 biji cili padi - dihiris
Cara penyediaan;
1. Kelapa parut, cili padi dan bawang merah di campurkan ke dalam tepung gandum. Gaul rata.
2. Bancuh dengan air garam secukup rasa. Kacau hingga sebati hingga dapat doh @ bancuhan tepung yang diinginkan
3. Goreng dalam minyak terendam hingga warna kekuningan - seperti dalam gambar

4. Bila dah masak, boleh lah diangkat dan toskan sebentar. Sedia untuk dihidangkan.
Jika rajin, boleh buat sambal kicap. Jika malas makan macam tu je, pun dah sedap hingga habis satu piring.
Selamat mencuba.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
0 Ulasan