Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Pertama Kali Buat Durian Goreng, Sedap Macam Cempedak

Durian Goreng Pertama Kali Buat Durian Goreng, Sedap Macam Cempedak. First time la buat durian goreng. Yang agak pelik, durian tu manis tapi bila lepas digoreng dengan tepung, rasa dia lebih berlemak dan kurang manisnya. Kenapa ye? Dan setelah mencuba dengan 3 jenis durian, saya rasa durian musang king paling sesuai di buat durian goreng. Biji nya pun boleh makan sekali. Nak mencuba buat durian goreng? Caranya sama macam nak buat cempedak atau pisang goreng. Cuma kena lebihkan garam sikit pada air bancuhan tepung tu.

Pertama Kali Buat Durian Goreng, Sedap Macam Cempedak

Ini adalah gambar durian goreng yang saya sediakan. Bukan cempedak tau.. 😅😅

Pertama Kali Buat Durian Goreng, Sedap Macam Cempedak

Resepi Durian Gorenģ


Bahan-bahan:

  • Durian musang king / durian udang merah secukupnya
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu kecil garam 
  • Air sejuk dari peti ais secukupnya
  • 1/2 sudu kecil pewarna kuning
  • Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan;


1. Bancuh tepung gandum dan tepung beras bersama air sejuk yang telah dilarutkan dengan garam. Masukkan pewarna kuning. Kacau doh sampai jadi cair tetapi masih lekat pada durian. (Jangan terlalu cair..)

2. Masukkan dalam kuali dengan minyak terendam, satu demi satu. Masak hingga kekuningan. Sentiasa jaga gorengan, dan kerap balik-balikkan supaya durian goreng masak sekata.

3. Angkat dan toskan seketika. 

Pertama Kali Buat Durian Goreng, Sedap Macam Cempedak

Isi durian goreng setelah diangkat dan ditoskan. Rasanya lebih lemak berbanding rasa cempedak goreng. 

Selamat mencuba.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close