Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sarapan Donat Segera Jimatkan Masa

Sarapan Donat Segera Jimatkan Masa. Masa itu emas!! Maka, pandai-pandailah guna masa yang ada untuk kerja-kerja berfaedah. Elakkan dari membawang di sana sini kerana jari kita akan menjawab di akhirat, tentang apa yang dah kita coretkan di media sosial. Bila tak setuju dengan sesuatu perkara, nak menasihatkan orang yang kita tak kenal di alam maya, baik DM je.. kan mudah. Okay 👌

Kan kita dah terbebel... (bukan bebel sebarangan tau)

Kisah pagi tadi.. nak kena pergi kerja. Kat rumah ada anak bongsu sedang bercuti raya haji kan. Maka kita sediakan donat segera faveret si dia.

Sarapan Donat Segera Jimatkan Masa

Sarapan Donat Segera Jimatkan Masa

Donat yang nampak rangup di luar tetapi bila dikunyah, lembutnya isi dia.. masya Allah. Donat segera ni kami beli di kedai runcit je, tak ada brand. Mungkin peniaga IKS persekitaran taman kami yang hantar di kedai tersebut. Walau bentuk tak berapa bulat, isinya dan rasanya amatlah memuaskan hati.

Sarapan Donat Segera Jimatkan Masa

Bagi korang yang selalu berkejaran nak bekerja dan ada tanggungjawab kepada keluarga di rumah, bolehlah standby donat segera di rumah. Kita kena merancang masa agar semua amanah kita terlaksana. Betul tak?
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close