

Resepi Ayam Goreng Popcorn Dengan Serbuk Roti
Bahan-bahan:
1 mangkuk Isi ayam - potong kecil-kecil
Tepung serbaguna Bestari
1 biji telur
Garam
Minyak untuk menggoreng
Serbuk roti
Cara penyediaan ayam goreng dengan serbuk roti
1. Gaulkan ayam dengan telur, tepung serbaguna dan sedikit garam. Kacau rata, jika masih berair, tambah lagi tepung serbaguna. Perapkan 1/2 jam
2. Panaskan minyak yang penuh.
3. Ambil seketul-ketul ayam dan gaul atas serbuk roti hingga rata. Goreng hingga kekuningan.
4. Angkat dan toskan. Ayam goreng akan rangup dan lembut sampai ke malam 😅


Saya sediakan timun sebagai ulaman, samada nak ratah je ayam popcorn tu atau dimakan bersama nasi putih. Sayur nya pula saya padankan dengan bendi goreng kering dengan telur. Itu pun habis dah semua sekali hadap! Haha..
Selamat mencuba resepi mudah ni ya.

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
0 Comments