Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Gulai Sotong Yang Lazat

Gulai Sotong Yang Lazat. Nak masak sotong pun tak boleh selalu, kerana harganya yang melampau tinggi. Pernah saya beli 4 ketul sotong sederhana besar berharga RM36.00. Lepas tu lama dah tak beli, sebab tak berapa banyak menu yang boleh digayakan. Semalam beli lah sikit, nak masak gulai sotong. Resepinya ada di bawah.

Resepi Gulai Sotong Yang Lazat

Resepi Gulai Sotong Yang Lazat


Bahan-bahan:

Bahan A;

7 - 8 ekor sotong saiz sederhana
1 helai daun kunyit - dihiris halus
5 helai daun limau purut - dibuang uratnya
1 batang serai - diketuk
2 hirisan lengkuas
250 gm santan pekat
1 keping asam gelugor
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B;

2 biji cili merah 
2 sudu makan cili kering kisar
2 biji bawang merah saiz besar
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras

Cara penyediaan;


1. Kisar semua bahan B sehingga hancur.

2. Panaskan minyak masak kemudian tumis daun kunyit dan daun limau purut sehingga wangi 

3. Masukkan bahan yang dikisar. Masak sehingga cili garing dan pecah minyak

4. Masukkan serai, lengkuas dan santan. Kacau rata.

5. Masukkan sotong dan asam gelugur. Perisakan dengan garam secukup rasa. Masak selama 10 minit.

6. Siap dan boleh dihidangkan.

Resepi Gulai Sotong Yang Lazat

Bau harum gulai sotong tu memang membuka selera. Mana tidaknya, daun limau purut dan daun kunyit memang main peranan penting. Terus rasa lapar! 

Jomlah cuba!
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close