Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Kuih Gendang Kasturi Dengan Rasa Yang Sedap

Resepi Kuih Gendang Kasturi Dengan Rasa Yang Sedap. Kuih tradisional yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan! Kuih kasturi atau gendang kasturi.. dua-dua sama.. sesekali dapat makan memang habis sepinggan saya kerjakan. Lebih-lebih lagi bila dapat kulit luar yang rangup tapi intinya lembut manis sesedap rasa. 

Resepi Kuih Gendang Kasturi Dengan Rasa Yang Sedap

Resepi Kuih Gendang Kasturi Dengan Rasa Yang Sedap


Bahan-bahan:

500g kacang hijau
4 sb gula melaka
1 cawan gula putih
1 cawan kelapa parut
Sedikit garam
1 cawan tepung gandum

Bahan-bahan tepung salutan:

1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1 sb majerin
1 biji telur
1-2 sk garam
Sedikit pewarna kuning
1 sb bancuhan air kapur

CARA-CARA PENYEDIAAN KUIH GENDANG KASTURI


Cara-cara untuk kuih kacang @ gendang kasturi:


1. Basuh kemudian rendam kacang hijau anggaran 3-4 jam.
2. Rebus sehingga kacang lembut.
3. Masukkan gula melaka dan gula putih kemudian sambung masak sampai mendidih.
4. Masukkan garam dan kelapa parut. Sambung masak sampai pekat.
5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau perlahan sampai pekat, tutup api dan sejukkan.
6. Bentukkan bulat dan tekan leperkan.

Cara-cara untuk tepung salutan


1. Bancuh tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, majerin, telur, garam, air kapur, air dan pewarna kuning (boleh ganti serbuk kunyit).

2. Gaul sebati. Tambah air sampai dapat adunan sebati (tak cair dan tak pekat).

3. Panaskan minyak dan celup kuih kasturi dalam adunan tepung salutan.

4. Goreng kuih kacang sampai garing.

Resepi Kuih Gendang Kasturi Dengan Rasa Yang Sedap

Resepi Kuih Gendang Kasturi Dengan Rasa Yang Sedap

Inilah hasil kuih kacang atau disebut juga kuih kasturi. Ada juga yang suka sebut gendang kasturi. Semua sama je, dibuat dari kacang hijau.

Kalau nak kacang hijau tu cepat empuk, kenalah rendam dulu kacang hijau sampai nak kembang. 

Selamat mencuba.

**Sumber resepi Che Nom
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close