Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Kerang Rebus Yang Sedap Dan Segar

Resepi Kerang Rebus Yang Sedap Dan Segar. Anda suka makan kerang rebus macam saya? Masak kerang pun dah jarang-jarang, jadi bila nampak orang jual kerang segar, terus beli. Jadi, kalau korang suka makan kerang, kita geng! Tapi sekarang ni harga kerang dah makin mahal dan susah nak dapat. 

Kat bawah ni saya share kan resepi kerang rebus yang simple tapi sedap hingga boleh hirup kuahnya.

Resepi Kerang Rebus Yang Sedap Dan Segar

Resepi Kerang Rebus Yang Sedap Dan Segar


Bahan-bahan

3 kg kerang
1 labu bawang besar- dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
3 batang serai dititk
2 inci halia - dimayang
2 inci kunyit hidup - dimayang
3 tangkai cili padi - dimayang
Garam secukupnya

Cara-cara buat kerang rebus yang sedap


1. Kerang yang sudah dibersihkan betul betul, dimasukkan ke dalam kuali. Masukkan bahan-bahan yang telah dimayang dan serai serta garam.

2. Tutup kuali dengan tudung periuk. Nyalakan api dapur yang besar selama 2 minit dengan periuk bertutup.

3. Kacau sekali, biar lagi 2 minit atau nampak kerang sudah terbuka. Kemudian siap untuk dimakan. Ianya tidak menggunakan air sebagai rebusan kerana kerang akan mengeluarkan air sewaktu dimasak. Rasanya lebih sedap berbanding merebus cara biasa.

Nota:

1. Boleh tambah sedikit air lagi jika anda nak hirup kuah rebusan kerang tersebut. Dimakan dengan nasi pun sedap.

Resepi Kerang Rebus Yang Sedap Dan Segar

Resepi Kerang Rebus Yang Sedap Dan Segar

Selamat mencuba kerang rebus yang sedap lagi segar seperti yang saya kongsikan di atas.

Tetapi kena ingat, bersihkan dengan betul supaya kekotoran pada kerang tidak memudaratkan kesihatan pula.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close