Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Lemak Cili Api Ayam Kampung

Resepi Masak Lemak Cili Api Ayam Kampung. Ayam kampung memang sedap dimasak dengan cara berkuah, kerana isinya yang agak pejal memerlukan ia dimasak lebih lama. Kulitnya pun agak liat dan tulang ayam kampung agak keras. Macam besi pun ada.. almaklum ayam kampung kan memang lasak. Hehe.. tapi ayam kampung lebih sedap sebenarnya berbanding ayam daging, jika kena cara memasak yang betul.

Resepi Lemak Cili Api Ayam Kampung

Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Resepi Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api Mudah


Bahan-bahan:

1 ekor ayam kampung - potong 12 bahagian
2 biji bawang besar (saiz,sedang) - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
25 biji cili padi - kisar
5 batang serai - kisar
3 ketul kunyit hidup - kisar
2 keping asam keping
Garam dan gula secukupnya
2 kotak santan jenama Kara

Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api

Cara menyediakan masak lemak cili api ayam kampung


1. Rebus dulu ayam kampung hingga mendidih. Kemudian toskan.

2. Masukkan ayam kampung tadi ke dalam periuk dan bersama bahan kisar. Gaul rata serta tambahkan sedikit air supaya bahan bercampur rata dengan ayam. (Saya tak tumis tau, tak guna minyak).

3. Perisakan dengan garam dan gula serta serbuk perisa, jika suka.

4. Bila ayam kampung dan bahan kisar dah rata, selepas mendidih masukkan santan dan asam keping. Kacau rata dan biarkan seketika. Boleh tambah air jika kuah masih pekat.

5. Kecilkan api dan biarkan ayam kampung lembut.

Resepi Lemak Cili Api Ayam Kampung

Siap untuk dihidangkan. Ayam kampung tak murah tau harganya, jadi kalau korang nak masak lauk ayam kampung. Make sure masaklah dengan sepenuh hati dan mesti jadi. Hehe.. 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close