Koleksi Resepi Mudah

Cara Goreng Karipap Agar Warna Sekata

Cara Goreng Karipap Agar Warna Sekata. Pernah tak korang goreng karipap kulit luarnya dah hitam tetapi bahagian dalam masih warna tepung putih. Hanya masak bahagian luar sahaja. Saya pernah mengalami situasi yang begitu, hingga anak-anak tak mahu makan. Nak goreng semula dah tak boleh sebab bahagian luar dah terlebih goreng, jadi warna coklat gelap.

Cara Goreng Karipap Agar Warna Sekata

Info Yang Anda Cari:

Cara Goreng Karipap Agar Warna Sekata


Jangan risau. Ada je cara yang orang tua selalu share, cuma kita terlupa nak ikut petua tersebut. Cuba ikuti cara yang berikut. 

Sewaktu nak goreng karipap, panas kan minyak dahulu, sehingga minyak cukup panas. Kemudian, kecikkan api sedikit. Masukkan karipap yang hendak di goreng  dalam memenuhi 3/4 kuali. 

Cara Goreng Karipap Agar Warna Sekata

Cara Goreng Karipap Agar Warna Sekata

Selepas itu terbalikan karipap dengan kerap. Jangan biar lama, sentiasa bolak balikkan karipap supaya dapat warna kulit yang cantik, sekata dan masak luar dalamnya.

Akhirnya, dapatlah hasil gorengan karipap yang cantik serta sedap di makan. Nak goreng karipap memang kena sabar, dan kena tunggu selalu.

Selamat mencuba petua di atas.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments