Header Ads

Cara Membersihkan Kerang Paling Mudah


Teruskan cuba resepi terbaik ini.. Cara Membersihkan Kerang Paling Mudah
Cara Membersihkan Kerang Paling Mudah. Kerang antara makanan laut yang digemari dan mudah dimasak. Kerang boleh dimasak dengan cara bakar, rebus, tumis (goreng) dan banyak lagi. Ada juga pasar yang menjual kerang yang sudah siap dibersihkan, jadi tak ada masalah nak bersihkannya. Tapi bagaimana dengan kerang hidup yang masih belum dicuci. Apakah cara mudah yang boleh digunakan untuk membersihkan kerang? Mudah aje, tak perlu nak stress sangat ya kekawan.. kalau siapa yang suka makan kerang, boleh belajar cara bersihkan kerang seperti yang saya kongsikan. Sebelum tu nak cerita sikit khasiat kerang, adakah kesan sampingan bagi penggemar kerang kerana ia sejenis makanan laut sama seperti ketam, udang dan sebagainya.

Cara mencuci kerang paling mudah

Kerang mengandungi protein dan zat yang berguna bagi tubuh. Dalam daging kerang menyimpan mineral berupa zat besi, zink serta vitamin B12. Zat besi ni berguna untuk meningkatkan pengangkutan oksigen ke seluruh tubuh. Sementara mineral zink merupakan zat yang dapat merangsang metabolisme tubuh. Lendir kerang pula dapat membantu meningkatkan kadar albumin dalam darah.
Jom baca seterusnya perkongsian saya tentang cara bersihkan kerang yang paling mudah, praktikal dan kos murah.

Cara Membersihkan Kerang Paling Mudah


Ada beberapa cara tradisi yang boleh digunakan untuk mencuci kerang.

1. Guna garam - rendamkan kerang dalam air garam beberapa ketika. Bila dah kelihatan bersih luar cengkerang kerang, cuci pula dengan air bersih.

2. Asam keping - boleh juga rendamkan dengan asam keping lebih kurang setengah jam. Bila cengkerang dah putih bersih, cuci semula. Mudah kan?

3. Serai - ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan sehingga hancur. Rendam dengan air sama cukup dengan kerang. Gaul dengan tangan. Biarkan selama 10 minit dan toskan. Anda akan dapati kulit kerang akan lebih bersih. Insyaa Allah.. kan murah dan mudah caranya.

Kalau nak lebih mudah, masukkan semua bahan di atas dan rebus kerang dalam 15 minit. Kerang terus masak, kuahnya pun sedap, dan kulit kerang jadi bersih. Nak tambah sedap masukkan seikat daun kunyit. Cukup dah, cicah dengan sambal kicap. Hihi..

Selamat mencuba petua dan cara mudah mencuci kerang. Kerja rumah jadi seronok dan mudah bila kita tahu mencari ilmu yang bersesuaian dengan minat kita. Banyak petua tradisional yang boleh diamalkan, jimat masa dan kos.

No comments

Powered by Blogger.