Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Tepung Pelita, Kuih Tradisional Pilihan Ramai

Tepung Pelita Dalam Bekas / Cup. Tepung pelita adalah salah satu kuih tradisional yang disukai ramai dan mudah nak buat. Ada yang buat dalam daun pandan dan ada juga yang buat di dalam bekas/ cup. Mana satu korang suka tak kisah lah, yang penting dapat makan dan buat sendiri. Sebab tu saya share resepinya di bawah, disalin dari FB Azlina Ina Fans.

Jom sama-sama kita buat kuih tepung pelita dalam cup dakam bulan ramadan nanti. Selamat mencuba.

Resepi Tepung Pelita, Kuih Tradisional Pilihan Ramai

Bahagian Bawah;

Tepung beras 1 cawan
Gula 1 cawan
Air pandan setengah cawan
Air putih 5 cawan
Pewarna hijau

Cara-caranya:

Satukan semua bahan dan kacau sebati..
pastikan kacau sebati dulu baru letak atas api.
Kacau tanpa henti..
Bila adunan mula pekat,kecikkan api.
Teruskan kacau sampai adunan jadi pekat berkilat dan meletup2..
Tuang dalam acuan semasa masih panas..

# bila dah siap tuang bahagian bawah nie dalam bekas2 kecil tu baru mulakan proses untuk lapisan atas... sebab nya dalam masa nak proses untuk buat lapisan atas ni sempat la sejuk lapisan bawah yg dalam bekas td....

Bahan utk lapisan atas:

1 cawan tepung beras
3 cawan santan drpd sebiji kelapa atau 1 kotak santan 200ml jadikan 3 cawan
3 cawan air
1 sudu gula
daun pandan
Secubit garam.

Caranya:

Caranya sama mcm buat bahagian bawah.
Campurkan semua bahan sampai sebati.
Lepastu masakkan atas api.
bila dah siap.. tgh2 panas tu... tuang kan atas lapisan bawah td...

Resepi Tepung Pelita, Kuih Tradisional Pilihan Ramai

tunggu sejuk boleh la mkn.... hehehe😉😉 kalau makan panas-panas boleh terbakar lidah. 

Enjoys guys.. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close