Kerabu Kacang Botol Rasa Berlemak Dan Segar

Kerabu Kacang Botol Rasa Berlemak Dan Segar. Hidangan kerabu kali ini saya bawakan kacang botol atau ada sesetengah tempat dipanggil kacang botor. Kerabu sebenarnya resepi ulaman yang lebih segar dan lazat dicampur dengan dua atau tiga sayuran yang lain.

Sayur-sayuran yang sedap dibuat ulam adalah seperti taugeh, kacang panjang, kacang botor, daun pucuk ubi dan lain-lain lagi. Dan, kerabu biasanya dicampur dengan kerisik atau kelapa parut, ikut kesesuaian.

Kerabu Kacang Botol Rasa Berlemak Dan Segar

(Resepi: rasa online)

Kerabu Kacang Botol Rasa Berlemak Dan Segar


BAHAN-BAHAN:

10 biji kacang botol | dihiris nipis
50gm tauge
40gm kelapa goreng
6 ekor udang kertas | dicelur
6 ulas bawnag merah | ditumbuk halus
1 ulas bawang putih | ditumbuk halus
2 batang serai | ditumbuk halus
1 biji limau nipis
1/2 sudu teh lada hitam | ditumbuk
Sedikit santan yang dimasak
Garam dan gula secukup rasa

Cara Menyediakan Kerabu Kacang Botol Rasa Berlemak Dan Segar


1. Satukan hirisan kacang botol dan tauge ke dalam bekas.

2. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk diikuti kelapa dan udang. Gaulkan.

3. Masukkan santan dan perah jus limau nipis. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.

4. Gaul semua bahan hingga sebati. Sedia untuk dihidangkan.


#Info chef: Abaikan penggunaan santan jika kurang menggemari kerabu yang sedikit berkuah.

Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 20 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Lemak dan rasa yang menyegarkan
Jenis penyediaan: Menu berbuka
Cara memasak: Tiada

Semoga perkongsian kerabu kacang botol dengan taugeh dan udang yang segar dan berlemak di atas dapat memberikan anda semua idea ulaman yang berlainan. Selamat mencuba!
Kerabu Kacang Botol Rasa Berlemak Dan Segar Kerabu Kacang Botol Rasa Berlemak Dan Segar Reviewed by aynora nur on Januari 25, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.