Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Jenis-Jenis Cili Kering Dan Tahap Kepedasannya

Jenis-jenis cili kering Yang Boleh Di Pelbagaikan Untuk Masakan. Ketahui juga tahap kepedasan cili kering yang anda beli. Ada tak anda terkeliru bila nak beli cili kering? Ada yang besar licin, ada yang keriting kecil, ada yang licin kecil dan ada yang halus panjang. Apakah perbezaannya? Kenapa cili kering ada rasa yang berbeza-beza? Dah tentulah berbeza.. untuk disesuaikan kegunaannya dalam menu masakan anda. Cili kering yang pedas sedap untuk masak ayam masak merah kerana rasa pedas akan lebih seimbang sebab ada sos tomato dan juga asam jawa dalam resepinya. Manakala kalau nak masak nasi goreng, boleh guna cili kering yang kurang pedas.

Kalau masakan anda terlebih pedas, jangan panik atau risau. Anda boleh tambahkan gula untuk hilangkan rasa pedas dan juga masukkan kentang. Rasa pedas itu akan diserap oleh kentang atau gula tadi.

Jenis-Jenis Cili Kering Dan Tahap Kepedasannya 

Jenis-Jenis Cili Kering Dan Tahap Kepedasannya


Sila lihat gambar di atas, sumber dari FB Tipsmemasak. Ada bermacam-macam jenis cili kering. Jom baca penerangannya di bawah.

1. Cili kering kerinting - berkedut, banyak biji, bertangkai dan kurang pedas. Kalau memasak dan merebus cili kering ini, jangan buang semua bijinya. Ambil sedikit dan kisar sekali. Cili kisar anda akan rasa lebih sedap.

2. Cili kering besar - besar, berkilat, kurang biji dan tidak pedas

3. Cili kering paprika - berkilat, banyak biji, bertangkai dan pedas

4. Cili kering berkilat - berkilat, banyak biji, tidak bertangkai dan sangat pedas!!

Begitulah informasi cili kering dan jenis-jenis nya yang mungkin bermanfaat anda ketika memasak di dapur. Saya suka memasak menggunakan cili kering kerana rasanya yang lebih lembut dan lemak berbanding cili padi.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close