Header Ads

Resepi Talam Suji Cuba Pertama Kali Terus Jadi


Teruskan cuba resepi terbaik ini.. Resepi Talam Suji Cuba Pertama Kali Terus Jadi
Resepi Talam Suji Cuba Pertama Kali Terus Jadi. Memang sah jadi kalau anda ikut langkah demi langkah yang diberikan di bawah. Rasa talam suji ni sedap lemak dan lembut sebab ada campuran tepung jagung di dalamnya. Ada rasa macam puding jagung sikit..

Gambar ehsan majalan saji
Kalau anda dah biasa buat terutamanya ketika majlis kesyukuran, pejam mata pun boleh siap. Macam saya yang buat 1st time pun boleh jadi, tetapi anak beranak tak berapa suka.. jadi saya bawa pegi office untuk rakan-rakan, tak lah membazir kan..

Resepi Talam Suji Sedap


Bahan-bahan:

Bahan Lapisan Bawah:

220 gram tepung suji
20 gram tepung jagung
100 gram gula
100 ml santan
850 ml air
2 biji telur
1 sudu kecil garam
Sedikit esen vanila
Sedikit pewarna kuning

Bahan Lapisan Atas:

270 gram tepung beras
25 gram tepung ubi
20 gram tepung gandum
20 gram gula
1 1/2 sudu kecil garam
700 ml air
250 ml santan
Sedikit esen vanila
Sedikit pewarna hijau

Cara menyediakan Talam Suji Cuba Pertama Kali Terus Jadi


1. Lapisan Bawah: Satukan tepung suji bersama gula dan air di dalam periuk. Sebatikan. Biar seketika selama lebih kurang 30 minit, ketepikan.

2. Pukul telur dan santan, kemudian tapiskan ke dalam adunan tepung suji.

3. Masukkan esen vanila, pewarna kuning dan diikuti dengan tepung jagung serta garam. Kacau perlahan-lahan di atas api sehingga adunan sebatidan separuh masak.

4. Apabila adunan likat, tuangkan ke dalam loyang. Kukus sehingga kembang selama 10 minit. Ketepikan.

5. Lapisan Atas: Satukan semua bahan lapisan atas dan tapiskan ke dalam periuk.

6. Kacau di atas api sehingga separuh masak. Kemudian tuangkan adunan tersebut ke atas lapisan bawah tadi. Kukus sehingga masak lebih kurang 20 minit.

Kuih talam suji siap untuk dihidangkan setelah sejuk. Kuih talam suji sesuai di makan waktu petang bersama keluarga tersayang dan boleh juga dijadikan hadiah harijadi kepada rakan-rakan.

No comments

Powered by Blogger.