Resepi Ikan Selar Kuning Goreng Salut Halia - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Selasa, 30 Januari 2018

Resepi Ikan Selar Kuning Goreng Salut Halia

Resepi Ikan Selar Kuning Goreng Salut Halia. Pada hari minggu begini sedap juga sesekali makan lauk kampung style seperti ikan goreng, sayur lemak atau masak air (bening) kemudian dengan sambal belacan ringkas. Itu pun dah cukup sedap.

Sengaja saya goreng ikan salut halia supaya rasa ikan lebih segar, hilang bau hanyir dan ikan goreng kekal lembut walau telah seharian digoreng. Lagipun ikan yang digireng dengan kunyit, halia dan bawang putih lebih sedap. Tak caya cubalah..

Resepi Ikan Goreng Salut Halia

Resepi Ikan Selar Kuning Goreng Salut Halia


Bahan-bahan:

5 ekor ikan kembung saiz besar
1 sudu kecil garam
1 sudu makan kunyit serbuk
2 inci halia muda
1 ulas bawang putih

Cara menyediakan ikan goreng salut halia


1. Bersihkan ikan, toskan
2. Tumbuk semua bahan seperti garam, kunyit, bawang putih dan halia.
3. Kemudian lumurkan ikan dengan bahan-bahan tumbuk tadi
4. Goreng dengan minyak penuh
5. Angkat ikan setelah masak dan warna kekuningan

Resepi Ikan Goreng Salut Halia

Ikan selar kuning goreng salut halia siap untuk dihidangkan dengan nasi panas atau makan dengan sambal belacan dan ulam ulaman. Boleh juga tambah dengan sayur sawi masak lemak putih.
Hmm... awesome!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan