Header Ads

Resepi Sambal Tumis Udang Nasi Lemak Yang Sedap


Teruskan cuba resepi terbaik ini.. Resepi Sambal Tumis Udang Nasi Lemak Yang Sedap

Resepi Sambal Tumis Udang Nasi Lemak Yang Sedap. Sambal tumis udang untuk nasi lemak. Sedapnya pagi-pagi makan nasi lemak dengan sambal udang, ada rasa manis udang dan pedas sambal. Dipadankan dengan nasi lemak yang lembut. Sedap.. hingga yak sedar tertambah berkali-kali...

Sambal tumis udang ni yang buat sedapnya bila udang segar rasa air dari udang tu.. manis berlemak. Memang sesuai buat sambal udang nasi lemak. Kalau makan kat warung pun mintak nasi lemak sambal udang. Minum dengan kopi 'O' yang pekat dan panas. Memang sesuai.. hihi

Info sambal udang:

Sebelum dibuat sambal, goreng udang sekejap. Udang digaul dengan sedikit garam kemudian digoreng hingga merah, jangan goreng lama nanti udang kecut dan keras. Bila dah merah angkat. Bila sambal tumis dah masak, baru masukkan udang semula. Selamat mencuba.

Resepi Sambal Tumis Udang Nasi Lemak Yang Sedap


Resepi Sambal Tumis Udang Nasi Lemak Yang Sedap

Bahan-bahan:

1 kg udang saiz sederhana
5 biji bawang merah - dikisar
20 tangkai cili kering - rebus hingga lembut, dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 1/2 inci halia - dikisar
1 keping asam jawa
air secukupnya
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan tambahan: 2 biji bawang besar dihiris kasar

Cara menyediakan sambal tumis udang nasi lemak sedap


1. Udang dibersihkan, ditos lalu diketepikan.

2. Panaskan kuali, masukkan minyak untuk menumis. Tumis bahan kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering tadi hingga berbau wangi dan kekuning-kuningan. (Tumis hingga cili pecah minyak)

3. Masukkan asam keping, kacau rata.

4. Masukkan udang. Kacau rata hingga masak.

5. Perasakan dengan serbuk perisa, jika suka, masukkan garam dan gula ikut citarasa masing-masing. (Lebihkan gula supaya rasa manis berlemak dapat disesuaikan dengan nasi lemak nanti.)

6. Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dihiris tadi seketika hingga layu, barulah matikan api. Sedia dihidangkan.

Resepi Sambal Tumis Udang Nasi Lemak Yang Sedap

Nota:

Ingat ya! Bila nak kisar cili, campurkan dengan 1 sudu besar minyak masak. Biar mudah hancur biji cili kering tu ketika dikisar. Tahukah anda, biji cili kering yang dikisar halus itu yang membuatkan sambal tumis anda lemak dan kurang pedas bila dimakan/ masak.

Moga perkongsian resepi sambal tumis udang nasi lemak sedap dan ringkas di atas dapat memberikan anda ilmu baru memasak sambal udang. Ringkas dan mudah.

Selamat mencuba.

No comments

Powered by Blogger.