Resepi Asam Pedas Ikan Jahan Sedap - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Ahad, 25 Februari 2018

Resepi Asam Pedas Ikan Jahan Sedap

Resepi Asam Pedas Ikan Jahan Sedap. Ikan jahan sejenis ikan air masin yang besar saiznya dan seekor ikan jahan boleh mencecah lebih 2 kilogram beratnya. Waktu saya beli ikan jahan bahagian kepala dan satu potong bahagian badan, pun dah berharga RM23.00. Satu ekor boleh cecah RM48 dan ke atas, berdasarkan saiznya. Ikan jahan ni sedap pada bahagian kepalanya. Ada banyak isi tau... rasa lemak minyak ikan tu bila dimasak asam pedas.. adoyaii.. memang tak toleh kiri kanan kalau menghadapnya.

Resepi Asam Pedas Ikan Jahan Sedap
Asam pedas ikan jahan sedang dimasak
Ada sesetengah orang tak makan ikan jahan mungkin disebabkan bentuknya. Kalau nak kata bau hanyir, lebih kuat bau hanyir ikan sungai. Tapi kita kan ada petua nak hilangkan bau hanyir ikan sungai. Tapi, setiap orang lain citarasanya. Tapi bagi saya, semua ikan saya makan tapi kurang gemar dengan ikan parang. Banyak duri tu...

Resepi Asam Pedas Ikan Jahan Sedap


Bahan-bahan:

- Ikan jahan secukupnya - saya ambil kepala dan 1 potong/ ketul badan ikan jahan
- 3 batang serai = diketuk
- 5 batang bendi
- bunga kantan - belah dua
- 2 keping asam keping @ 1 cawan air asam jawa
- seikat daun kesum
- minyak masak untuk menumis

Bahan kisar:

- 20 tangkai cili kering - rebus dulu
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang kecil
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1 inci kunyit hidup atau 2 sudu teh kunyit serbuk

Cara Masak Asam Pedas Ikan Jahan Paling Sedap


1. Tumis bahan kisar dan serai hingga naik bau dan pecah minyak.

Resepi Asam Pedas Ikan Jahan Sedap

2. Masukkan asam keping atau air asam jawa. Kacau rata.

3. Masukkan ikan jahan dan kacau dengan bahan kisar. Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat. Biarkan hingga mendidih.

4. Masukkan daun kesum, bunga kantan yang dibelah dua (jika suka), dan bendi sebagai hiasan.

5. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya.

6. Bila dah masak, angkat dan hidangkan ikan jahan asam pedas yang pasti lazat.

Semoga perkongsian resepi ikan jahan masak asam pedas di atas dapat memberikan anda satu lagi idea memasak ikan yang bersesuaian. Ada setengah ikan sedap masak lemak cili api dan begitulah dengan ikan jahan lebih sedap dimasak asam pedas.

Selamat mencuba.

2 ulasan:

  1. Sedapnya. Dulu sy peminat tegar asam pedas.Tapi bila husben tak minat,skill masak asam pedas hilang. TQ for d recipe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Welcome.. tak apa.. nnti bila tiba masanya datang bila lah skill tu..

      Padam