Resepi Agar-agar Santan Gula Melaka - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Isnin, 26 Februari 2018

Resepi Agar-agar Santan Gula Melaka

Resepi Agar-agar Santan Gula Melaka. Agar-agar santan yang saya kenal pertama kali dulu adalah agar-agar santan gula melaka. Masa kecil dulu agar-agar kami panggil lengkung. Agaknya ada tak siapa yang sama macam saya yang gunakan nama lengkung. Bila dah besar barulah panggil agar-agar. Macam kelakar kenangan ni kan.. kekal dalam memori.. 😂😂😂

Resepi Agar-agar Santan Gula Melaka
Gambar hiasan

Banyak cara yang saya baca untuk buat agar-agar tu cantik warna dan bentuknya. Maksudnya campuran santan nampak kemas dan sekata. Caranya kecilkan api ketika anda masukkan santan dan pecahkan telur. Kacau perlahan. Insyaa Allah, agar-agar santan anda akan cantik menarik.

Resepi Agar-agar Santan Gula Melaka


Bahan-bahan:

10 gram serbuk agar-agar
1/2 liter air (2 cawan)
250 ml santan pekat
1 biji telur - masukkan dalam santan dan pukul sebati
Secubit garam

Bahan air gula :

1/2 liter air (2 cawan)
1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm) - dipotong kecil
1/4 cawan gula pasir
2 helai daun pandan - disimpul 


Cara menyediakan agar-agar santan gula melaka


1. Masak gula melaka, gula pasir bersama 2 cawan air serta daun pandan. Masak sehingga mendidih sambil dikacau. Bila dah siap, angkat, tapis dan jadikan jumlah air gula Melaka sebanyak 2 cawan.

2. Dalam periuk lain, masak 2 cawan air bersama dengan serbuk agar agar sehingga mendidih.

3. Kemudian masukkan 2 cawan air gula melaka tadi dan kacau sentiasa sehingga mendidih.

4. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam. Kacau dan tunggu hingga mendidih atas api sederhana.

5. Biarkan adunan mendidih selama 1 minit , pastikan adunan sentiasa dikacau untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk sehingga kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.

6. Basahkan loyang dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras.

7. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk.

Wow. Mudahnya resepi agar-agar santan gula melaka ni kan. Saya dah selalu mencubanya. Kalau tak ada acuan yang comel tu, saya masukkan dalam gelas bulat. Cantik juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan