Header Ads

Resepi Ikan Keli Bakar Air Asam Yang Sedap


Teruskan cuba resepi terbaik ini.. Resepi Ikan Keli Bakar Air Asam Yang Sedap
Resepi Ikan Keli Bakar Air Asam Yang Sedap. Ikan keli adalah ikan sungai yang hampir serupa dengan sembilang. Kedua-duanya sedap di goreng garing, di bakar atau pun di buat asam pedas. Letak lebih serai. Wowww! Terliur nya..

Tapi ada kalangan orang yang saya kenal tak makan ikan sungai. Bau hanyir katanya. Bau tanah lagi.. kemudian bentuknya macam belut lah.. dan berbagai alasan. Tapi bagi saya okay je, yang penting halal dimakan. Tapi belut tu.. saya tak makan lah. Orang kata sedap. Ya ke? Boleh buat ubat lagi..

Resepi Ikan Keli Bakar Air Asam Yang Sedap
Ikan keli bakar air asam 
Dalam perkongsian resepi kali ini, saya akan kongsi resepi ikan keli bakar air asam. Jom tengok resepinya...

Resepi Ikan Keli Bakar Air Asam Yang Sedap


Bahan-bahan A:

5 ekor ikan keli - saiz sederhana
2 ulas bawang putih - potong nipis
3 biji bawang merah - potong nipis
1 inci halia - potong nipis
4 batang serai - di kisar
1 bungkus rempah kari ikan - kisar
2 sudu makan serbuk cili - kisar

Bahan B: Air Asam

2 tangkai cili merah
5 batang cili padi
1 inci belacan
2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
1 labu bawang besar
1 kuntum bunga kantan
1 biji tomato

Cara membuat Ikan Keli Bakar Air Asam Yang Sedap


Resepi Ikan Keli Bakar Air Asam Yang Sedap
Gambar hiasan
1. Perap ikan keli bersama bahan A selama 15 minit sebelum dibakar sehingga masak

2. Untuk membuat air asam pula, kisar bahan B bersama bahan yang dipotong nipis tadi

3. Ikan keli bakar air asam siap untuk dihidangkan dengan nasi panas.

Resepi Ikan Keli Bakar Air Asam Yang Sedap
Air asam

Macam ni, mak mertua lalu memang tak pelawa.. haha!!

Cara lain bakar ikan keli

√ 5 ekor ikan keli, cuci dengan sedikit garam dan asam limau, bilas dan toskan.

√ Lumurkan ikan keli dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.

√ Bakar atas arang atau gunakan daun pisang letak dalam kuali non-stick.
√ Tutup kuali dan biar ikan bau harum dan kekuningan.

Selamat mencuba resepi ikan keli bakar dengan air asam yang mudah ni. Kalau tak nak air asam, akan je ikan keli bakar dengan nasi pun dah cukup. Sebab rasa asli ikan keli yang lemak dan halus isinya amatlah membuka selera.

No comments

Powered by Blogger.