Cara Buat Kuih Kosui Yang Sedap Kesukaan Keluarga - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Rabu, 14 Mac 2018

Cara Buat Kuih Kosui Yang Sedap Kesukaan Keluarga

Cara Buat Kuih Kosui Yang Sedap Dan Lembut. Ada banyak trend yang digunakan untuk buat kuih kosui atau kaswi ni.. ada guna gula merah, ada yang juga letak kicap untuk warna nampak lebih hitam dan ada juga yang letak gula melaka untuk rasa yang lebih wangi. Ikut cara masing-masing la kan..

Sebelum ini saya ada buat resepi kuih kosui sedap, tapi kali ini kombinasi resepinya ada berbeza sedikit. So, anda boleh cuba yang mana satu ikut kesukaan anda. Kuih muih tradisional ni yang sedapnya adalah atas air tangan si pembuatnya, macam mak-mak kita kalau masak apa pun sedap. Hihi...

Resepi kuih kosui atau kaswi yang saya share nanti adalah dalam sukatan cawan dan amat senang sekali membuatnya. Ada beberapa step, dah siap. Mak mertua saya paling suka buat kuih kaswi bila petang-petang boring, tak ada makanan.. haha

Resepi Kuih Kosui Yang Sedap Dan Lembut 


Cara Buat Kuih Kosui Yang Sedap Kesukaan Keluarga

Bahan-bahan;

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1cawan gula
1 cawan gula merah
5 cawan air
3/4 sudu teh kapur makan

Cara Buat Kuih Kosui Yang Sedap Dan Lembut


1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar kecuali kapur makan.

2. Gaul sampai sebati dan gula larut. Tapis kan adunan ke dalam mangkuk lain.

3. Campurkn kapur makan dengan 3 sudu makan air.. masukkan ke dalam adunan yang telah di tapis tadi.

4. Gaul hingga kapur sebati,. Sapu acuan dengan minyak masak. Tuangkan adunan ke dalam loyang tadi

5. Kukus selama 30 minit. pastikan air kukusan mendidih baru kukus. Balut penutup kukus dengan kain bagi mengelakkan air menitik keatas kuih.

Cara Buat Kuih Kosui Yang Sedap Kesukaan Keluarga

Kalau nak buat dalam acuan bulat pun boleh. Buat dalam loyang empat segi pun boleh. Sejukkan dulu sebelum dipotong. Gaulkan dengan kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam untuk rasa yang lebih sedap.

Selamat mencuba resepi kegemaran ramai yang tak lapuk dek hujan ni..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan