Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup Dan Lembut Isinya

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup Dan Lembut Isinya. Ada banyak cara nak buat sotong goreng tepung di mana rangup di luar dan lembut isinya. Maksudnya, tepung gorengan sotong tu rangup dan mudah dikunyah. Dan isi sotongnya pulak lembut, tidak liat. Jom tengok resepinya di bawah.

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup Dan Lembut Isinya

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup Dan Lembut Isinya


Bahan-bahan:

4 ekor sotong saiz besar - hiris nipis
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak
sedikit pewarna kuning - agar warna tepung kekuningan
air secukupnya - lebih kurang 1 cawan
minyak untuk mengoreng
1 sudu besar tepung lagi - untuk lumur pada sotong

Cara sebenar buat sotong goreng tepung yang rangup dan lazat


1. Toskan dulu sotong bagi betul-betul kering, kemudian lumurkan sotong dengan tepung. Ia bagi menghilangkan bau hanyir pada sotong. Ketepikan.

2. Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk, kecuali air dan pewarna. Kemudian masukkan air sikit-sikit sambil dikacau agar adunan tidak berketul. Masukkan pewarna dan kacau sebati. Adunan ini tidak terlalu cair, pekat sedikit berbanding menyediakan bancuhan lempeng atau kuih ketayap.

3. Biarkan bancuhan tepung seketika anggaran 5 - 7 minit. Kemudian, celup sotong ke dalam tepung hingga menyaluti sotong sepenuhnya.

3. Panaskan minyak dan celup sotong satu-satu dalam tepung dengan pegang perlahan-lahan. Kemudian digoreng dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan.

4. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup Dan Lembut Isinya

Lihatlah sotong goreng tepung ni. Makan sekali nak buat lagi. Nak kena buat banyak kali baru lah jadi. Yang penting sabar.

Ok bye!!
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close