Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Biskut Kayu Manis Yang Sedap

Biskut Kayu Manis Sedap. Iaitu biskut raya yang ada rasa kayu manis, bau wangi gitu.., nak buat pun mudah. Bahan yang dinyatakan di bawah nanti hanya untuk sekali bakar, untuk makan sesama anak beranak je. Kalau nak buat lebih banyak, sila adjust bahan-bahannya ya.. >___<

Biskut kayu manis ni rangup dan ada pahit sikit, tapi pahit sedap, lagipun campuran serbuk kayu manis di dalamnya cuma sesudu kecil saja. Kalau suka lebih, boleh tambahkan.

Resepi Biskut Kayu Manis


Biskut Kayu Manis

Bahan-bahan:

2 cawan tepung kastad
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula halus
1 cawan mentega
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1/2 cawan kacanh hazel

Cara menyediakan Biskut Kayu Manis


1. Tepung diayak kemudian mentega dipukul bersama gula halus hingga kembang. Masukkan kuning telur, kacang hazel dan serbuk kulit kayu manis digaul rata.

2. Masukkan tepung ke dalan adunan tadi, gaul dan uli. Terap doh tadi, kemudian tekap dengan acuan yang disukai.

3. Bakar pada suhu 18 darjah Celcius hingga 20 minit.

Siap untuk disimpan, bila telah sejuk. Masukkan dalam bekas yang kedap udara.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close