Resepi Petai Goreng Cili Padi Yang Sedap

Resepi Petai Goreng Cili Padi - Petai adalah sejenis ulaman yang sangat diminati oleh rakyat di negara ini. Biasa saya jumpa orang masak petai dengan ikan bilis dan udang dan jadilah resepi sambal petai udang. Rasanya mesti sedap, kan?

Jom kita tengok resepi petai goreng cili padi yang pastinya satu lagi koleksi resepi yang boleh dijadikan koleksi terbaik anda. Resepi ini saya kongsikan dari FB rasa online.

Resepi Petai Goreng Cili Padi 


Resepi Petai Goreng Cili Padi
Gambar sumber rasa online

Bahan-bahan:

100gm petai | dibuang kulitnya
3 biji cili padi | dihiris
2 biji cili merah | dihiris
1 biji bawang Bombay | dimayang
3 ulas bawang putih | dihiris
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
2 biji limau nipis
Sedikit minyak untuk menumis

Cara menyediakan petai goreng cili padi


1. Tumis bawang besar, bawang putih, cili padi dan cili merah dengan sedikit minyak sehingga garing.

2. Masukkan petai dan goreng sehingga masak.

3. Tambahkan garam dan gula dengan secukupnya. Gaul sebati.

4. Akhir sekali, perahkan jus limau nipis sebelum dihidang.

Resepi Petai Goreng Cili Padi  

Resepi di atas saya kongsikan daripada Facebook #majalahrasa #rasashare yang saya rasa ianya sangat sihat dan mungkin resepi yang dicari oleh ramai peminat petai.

Semoga memudahkan urusan memasak anda.
Resepi Petai Goreng Cili Padi Yang Sedap Resepi Petai Goreng Cili Padi Yang Sedap Reviewed by aynora nur on Januari 06, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.