Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Biskut Kelapa Berkismis Sukatan Cawan

Biskut Kelapa Berkismis Sukatan Cawan. Ruangan Biskut Raya atau kuih raya kali ini membawakan resepi biskut kelapa sukatan cawan. Sebab apa saya kongsi yang sukat guna cawan?? Sebab mak-mak kita dulu ajar buat kuih guna cawan. Tak ada masalah pun. Jadi lembut, rangup dan sedap hasilnya kuih biskut raya tu..

Kata chef dalam TV, kalau sukat bahan masakan terutamanya buat biskut raya guna cawan, ia jadi kurang tepat. Sukatan yang tepat adalah guna penimbang dalam gram atau kilo.. hihi

Tak apa, jika anda nak guna cawan atau penimbang tu,.. yang penting kebolehan kita mengagak berbanding bahan-bahan campuran yang lain dalam sesuatu resepi. Okay..

Resepi Biskut Kelapa Berkismis Sukatan Cawan


Biskut Kelapa Berkismis sukatan cawan

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastard
1 1/2 cawan mentega
1/2 cawan gula
2 sudu besar esen vanila
1 1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kismis hitam 

Cara menyediakan Biskut Kelapa Berkismis Sukatan Cawan


1. Ayak ketiga-tiga tepung. Pukul mentega bersama gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur dan esen vanila.

2. Masukkan kelapa kering dan kismis ke dalam tepung. Gaul sebati.

3. Masukkan tepung ke dalam adunan mentega tadi. Kacau/ uli perlahan-lahan hingga menjadi doh. 

4. Terap dan tekap dengan acuan. Bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 20 minit.

Siap lah biskut raya yang namanya biskut kelapa berkismis. Semoga anda berjaya membuat kuih raya sendiri ya..

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close