Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Koleksi Resepi Udang Galah Yang Popular Dan Sedap

Koleksi Resepi Udang Galah Yang Popular | Wow!! Udang galah memang kelas dik...dah lah sedap, besar dan harganya boleh tahan mahal. Ada sesetengah tempat sekila udang galah mencecah RM80.00. Hah! Kan saya dah kata, resepi udang galah yang saya akan kongsikan nanti tentulah agak mahal kosnya dan sesekali kalau nak makan jugaa, belilah seekor dua..hihi..

Koleksi Resepi Udang Galah Yang Popular. Ada tak yang tak kenal udang galah? Meh saya perkenalkan macam mana bentuk udang galah tu ya,. Udang galah hampir sama dengan udang harimau, tapi ada beza sebenarnya. Perbezaan utama, udang galah dok dalam air tawar (sungai), manakala udang harimau pulak duduk dalam laut. Kepala udang galah besar dan keras sikit. Kepala udang harimau agak nipis. Kalau nak potong kepala udang galah kena gunakan gunting besi tu... 

udang galah

udang harimau

Aneka resepi udang galah yang sedap dan popular dibawah ini adalah koleksi daripada blog-blog masakan popular dan saya kredit balik pada tuan punya blog. Semoga rezeki mereka diperluas dan di permudahkan dalam segala urusan. 

Koleksi Resepi Udang Galah Yang Popular


Resepi udang galah yang pertama adalah dari blog En Mat Gebu, iaitu antara blogger masakan kegemaran saya. Walau tak pernah bersua tetapi saya amat gemar membelek resepi tulisannya. Semua nampak sedap...

Resepi udang galah lemak jintan manis
Udang galah lemak jintan manis - kredit Azlitamasammanis


1) Resepi Udang Galah Lemak Jintan Manis 


BAHAN-BAHANNYA: 

4 ekor udang galah ( guna udang galah kaki merah @ udang pengantin)
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1/4 biji nenas madu, dihiris
1 tangkai cili hijau, belah 4
5 tangkai cili padi, diketuk
Garam secukup rasa (mat tambak secubit gula)
Sedikit minyak untuk menumis


BAHAN TUMBUK HALUS
2 camca teh jintan manis
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai, hiris halus
2 cm kunyit hidup

Cara Menyediakan Udang Galah Lemak Jintan Manis


1. Udang dibersihkan, kerat kaki2 kecil dan juga kotoran di kepala udang, cuci dan toskan. Nenas dihiris serong sederhana tebal.
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga pecah minyak. 
3. Masukkan santan cair, kacau dan bila mendidih, masukkan hirisan nenas. Kemudian udang, masak hingga udang bertukar warna.
4. Masukkan santan pekat, cili padi dan cili hijau. Masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. 
5. Masak dengan api perlahan sambil dikacau. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ulam-ulaman..

2) Resepi Udang Galah Masak Kicap


Resepi udang galah masak kicap di bawah ini saya kongsikan daripada blog sitibalqis dan cara memasaknya pun mudah. Tapi masaklah dengan penuh kasih sayang kerana udang galah ni mahal, so biarlah rasa udang yang dimasak tu sedap..hihi

Resepi udang galah masak kicap - kredit google

Bahan-bahannya:

6 ekor Udang galah - Rendam dalam air yang dicampur dengan garam batu dan asam keping. Cuci bersih dan keringkan. Lumur udang dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng sederhana garing.
2 biji bawang besar - dihiris bulat
2 ulas bawang putih - diketuk
1/2 batang lobak merah - dihiris memanjang
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
1 sudu kecil sos tomato
Air asam jawa
3 batang cili merah - dihiris/dibelah empat
1 biji tomato - dibelah 4   
Daun bawang/ daun sup - untuk hiasan

Cara menyediakan Resepi Udang Galah Masak Kicap


1) Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
2) Masukkan udang yang telah digoreng, masukkan lobak merah. Gaulkan sebati.
3) Kemudian masukkan sos tiram, sedikit kicap, sedikit air panas. Masukkan juga sos tomato/air asam jawa.
4) Perasakan dengan garam dan gula
5) Masukkan cili merah hiris dan tomato, biar seketika.
6) Taburkan daun bawang/daun sup sebagai hiasan
7) Hidangkan & sedia untuk dimakan dengan nasi panas

3) Resepi Udang Galah Tumis Air 


Resepi ke 3 menggunakan udang galah adalah resepi udang galah masak air, yang sekali lagi saya ambil dari blog En. Mat Gebu. Pada pertama kali publish resepi ini oleh En MG adalah pada tahun 2009. Lama dah kan, kini saya ketengahkan semula. Udang galah tumis air ini bagus untuk mereka yang tengah demam dan tak ada selera makan...

Resepi udang galah tumis air
Udang galah tumis air, kredit Tiffin Biru

BAHAN-BAHANNYA:

7 ekor udang galah saiz besar, dibersihkan, cuci dan tos
2 tiub tauhu jepun, kerat 6 setiap tiub dan goreng garing
5 batang crab stick, kerat 2 setiap batang
1 biji tomato, belah 4
1 kiub ikan bilis "Maggi"
Garam dan secubit gula
Serbuk lada hitam secukupnya
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 inci halia, dititik
1 liter air (atau secukupnya)
Hirisan daun sup/daun bawang*
Bawang goreng*(*untuk hiasan)

Cara Memasak Udang Galah Tumis Air


1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum, masukkan udang dan kacau rata. Tuang air dan masukkan kiub ikan bilis, biar mendidih.
2. Tambah tauhu dan perisakan dengan garam, serbuk lada hitam dan secubit gula. Biar mendidih hingga udang masak. Akhir sekali masukkan crab stick tadi dan masak sekejap.

3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama nasi, ulam-ulaman dan sambal belacan.

4) Resepi Udang Galah Goreng Taucu


Udang galah goreng taucu manis memang sedap dan amatlah ringkas. Nampak macam tak sedap tetapi bila dah rasa, nasi satu periuk pun tak cukup. Haha..., baiklah, resepi ini adalah idea bernas Amie Little Kitchen.

Resepi udang galah goreng taucu
Udang galah goreng taucu

Bahan-bahan:

500 gram udang galah - cuci dan bersihkan, toskan air dan tabur sedikit garam, ketepikan
1 biji bawang besar - mayang kasar
4 sudu makan taucu manis
1 biji cili merah dan cili hijau - buang biji dan potong ikut suka
1 sudu makan sos cili Thai
1 sudu makan kicap manis ABC
1 sudu teh gula
1 cawan air
minyak

Cara menyediakan Udang Galah Goreng Taucu


1. Goreng udang galah hingga masak. Keluarkan dari kuali dan toskan minyak. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang besar.
3. Setelah bawang besar mengeluarkan bau, masukkan taucu serta hirisan cili merah / hijau dan kacau seketika.
4. Masukkan air dan biarkan mendidih.
5. Tambahkan sos cili Thai, kicap manis ABC dan gula. Biarkan seketika sehingga kuah agak pekat.
6. Masukkan udang galah goreng dan gaul rata.
7. Padamkan api dapur. 

5) Resepi Rendang Pedas Udang Galah


Rendang udang galah pedas-pedas, baru kaw! Ini first time saya dengar udang galah masak rendang. Tak apa, kita boleh cuba dan pasti rasanya sedap sebab gabungan lengkuas dan kunyit hidup dengan kerisik tu nanti...memang marvellous!

Resepi Rendang Pedas Udang Galah

Rendang Pedas Udang Galah


Bahan-bahan:

8 ekor udang galah saiz besar - perap seketika dengan perahan lemon dan sedikit garam - cuci bersih dan toskan
4 sudu besar kerisek
2 cawan pati santan
1 keping asam gelugur
1/2 cawan minyak
perencah Maggi Cukup Rasa / garam / gula
1 helai daun kunyit - hiris halus

Bahan kisar:

3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
2 labu bawang besar
30 biji cili padi hijau
2 batang lengkuas - hiris-hiris
2 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup

Cara Masak Rendang Pedas Udang Galah 


1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api sederhana hingga pecah minyak.
2. Masukkan pati santan, asam gelugur dan kerisek.
3. Setelah mendidih, masukkan udang galah dan gaul rata.
4. Apabila kuah mulai memekat, tambahkan hirisan daun kunyit,
5. Jika suka boleh perasakan dengan perencah Maggi Cukup Rasa atau perasa pilihan lain.
6. Padamkan api dapur. 

Saya berharap koleksi masakan udang galah yang sedap dan popular di atas dapat memberikan anda variasi menyediakan makanan untuk keluarga tercinta. 

Selamat mencuba ya!

Sumber; Aneka Resepi Udang Galah Popular Dan Sedap

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close