Resepi Jemput-Jemput Sayur Kobis Yang Rangup - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Selasa, 9 Januari 2018

Resepi Jemput-Jemput Sayur Kobis Yang Rangup

Resepi Jemput-Jemput Sayur Kobis Yang Rangup. Bila pepagi hujan turun dengan lebatnya, tak boleh nak keluar rumah beli breakfast, saya pun buka peti ais apa yang boleh di"kerjakan" nak buat breakfast. Ternampak sayur kobis tinggal separuh. So, datang satu idea nak buat cucur atau jemput-jemput sayur. Kali ni saya nak try buat dengan kobis. Kalau anda tak pernah makan jemput-jemput sayur kobis yang rangup, jangan risau. Rasanya tak pelik pun. Sedap sangat. Ada rasa rangup dan manis dari kobis tu bila kita kunyah. Rasanya lebih sedap dari jemput-jemput kentang atau taugeh. Kalau nak rasa lebih pedas, tambahkan hirisan cili padi dalam bahan resepi anda.

Resepi Jemput-Jemput Sayur Kobis Yang Rangup

Resepi Jemput-Jemput Sayur Kobis Yang Rangup


Bahan-bahan:

1 mangkuk sedang kobis - hiris halus
2 cawan tepung gandum
2 cawan air bercampur garam
2 tangkai cili hijau - hiris
1 genggam ikan bilis yang sudah dibersihkan
1 biji bawang besar - hiris
Sedikit pewarna kuning, jika suka

Cara menyediakan Jemput-Jemput Sayur Kobis Yang Rangup


1. Masukkan kobis, cili hijau, ikan bilis dan bawang besar ke dalam mangkuk yang berisi tepung tadi.

2. Kacau atau gaul rata.

3. Masukkan pewarna. Tuang air garam sedikit demi sedikit hingga anda puashati dengan cair atau pekatnya bancuhan cucur anda. Kalau nak jemput-jemput garing atau rangup, bancuhan biar cair macam nak buat lempeng.

4. Panaskan kuali. Bila minyak telah panas, masukkan dengan sudu tepung bancuhan tadi.

5. Balik-balikkan jemput-jemput kobis anda supaya dapat hasil yang cantik dan rangup.

6. Angkat bila warna jemput-jemput dah bertukar kekuningan.

7. Siap untuk hidangan keluarga.

Jemput-jemput sayur kobis yang rangup ni boleh dijadikan sarapan pagi atau menu minum petang anda. Ingat ya, kalau nak cucur anda rangup, bancuhan mesti cair dan sentiasa balik-balikkan jemput-jemput ketika menggorengnya. Biarkan api dalam mode sederhana. Kalau api panas sangat, nanti dia cepat hangit dan kurang rangup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan