Kuih Kasturi Resepi Tradisional Terbaik - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Rabu, 31 Januari 2018

Kuih Kasturi Resepi Tradisional Terbaik

Kuih Kasturi Resepi Tradisional Terbaik. Kuih kasturi adalah antara kuih kegemaran ibu saya sejak dari dulu hingga sekarang. Cara buat yang mudah dan kosnya pun murah menyebabkan ia jadi pilihan untuk sarapan atau minum petang. Ada sesetengah orang panggil kuih kasturi sebagai kuih kacang. Sebab, intinya kan pakai kacang hijau..

Info kuih kasturi:

Jangan bancuh inti kuih kasturi terlalu kering atau keras. Nanti hasilnya tidak seperti yang kita harapkan. Bancuh hingga inti tu rasa lekit di tangan. Boleh letak tepung di tangan ketika membentuk intinya. Kuih kasturi dipanggil juga kuih rengas. Tak pernah dengar. Inilah kuih tradisional yang ramai anak muda tak tahu.

Kuih Kasturi Resepi Tradisional Terbaik

Kuih Kasturi Resepi Tradisional Terbaik


Bahan-bahan:

Kuih Kasturi Bahan Inti

  • 250gm kacang hijau - di rendam
  • 200gm gula melaka di racik halus
  • 50gm gula pasir
  • 600ml air
  • 3 sudu besar kelapa parut muda
  • 2 sudu besar tepung gandum


Cara buat Inti kuih kasturi:


1. Rendam kacang hijau selama dua jam. Kemudian masak bersama air hingga kembang, biarkan sehingga air hampir kering, masukkan kelapa, gula melaka dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering.
2. Tabur dan gaul dengan tepung gandum untuk memekatkannya.

3. Masak hingga inti agak kering. Angkat dan sejukkan

4. Ambil inti kacang, kepalkan menjadi bulat, kemudian leperkan. Buat hingga habis

Bahan Batter/ tepung salut inti

  • 120gm tepung beras
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil air kapur
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuat batter/ kulit kuih kasturi


Batter :

1. Satukan bahan batter, masukkan air kapur dan air secukupnya (adunan tidak terlalu pekat atau cair). Macam nak buat lempeng..

2. Panaskan minyak. Celupkan kuih kacang hijau/ kuih kasturi ke dalam batter dan goreng hingga keperangan.

Kuih Kasturi Resepi Tradisional Terbaik

Selamat mencuba resepi kuih kasturi yang saya kongsikan di atas. Kalau anda tak pernah buat, jangan risau. Sebab kuih kasturi senang saja membuatnya. Hanya perlu kacang hijau yang direbus dan salutan tepung cair diluar sebelum di goreng.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan