Resepi Ayam Masak Paprik Paling Mudah - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Selasa, 30 Januari 2018

Resepi Ayam Masak Paprik Paling Mudah

Resepi Ayam Masak Paprik Paling Mudah. Paprik bila disebut mesti korang tahu ini makanan berasal dari negara mana? Ejaan asal paprik adalah pad prik. Perkataan Thailand yang bermaksud padprik adalah goreng campur dengan cili. Maksudnya sayur goreng campur dengan cili. Maaf kalau fakta kurang tepat..

Ada banyak menu paprik yang telah biasa ditemui di Malaysia seperti nasi goreng paprik, nasi kerabu paprik, udang masak paprik dan banyak lagi.

Anda nak cuba resepi lain? Cuba tengok kat bawah ni...

Resepi Ayam Masak Paprik Paling Mudah

Resepi Ayam Masak Paprik Paling Mudah


Bahan-bahannya:

500gm isi ayam - potong kecil
3 batang serai
6 hiris lengkuas
4 hiris halia
10 ulas bawang putih
10 biji bawang putih
20 biji cili api
2 biji cili merah
2 inci kunyit hidup
10 helai daun limau purut
2 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa

Untuk hiasan:

1 bungkus jagung muda
3 batang kacang panjang
Sedikit daun sup/saderi 

Cara menyediakan ayam masak paprik dengan mudah


Resepi Ayam Masak Paprik Paling Mudah
Paprik ayam campur potongan kacang panjang

1. Kisar bahan-bahan seperti serai, lengkuas, halia, bawang putih, bawang merah, cili api, kunyit dan daun limau purut.

2. Kemudian panaskan kuali dan masukkan 1 sudu minyak masak.

3. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik bau.

4. Masukkan ayam, garam dan gula secukupnya

5. Akhir sekali masukkan asam keping. Setelah masak, hidangkan.

Selamat mencuba. Resepi ayam masak paprik di atas boleh diubahsuai sikit ikut citarasa anda. Kalau nak pedas, tambahkan cili dan kalau tak kuat pedas, kurangkan jumlahnya. Mudah aje, kan? 

1 ulasan:

  1. Pergh nampak bergitu menyelerakan sekali. Mudah pulak tu nak membuatnya

    BalasPadam