Setelah membelek menu, kami sepakat memilih Triple Feast 3 pax yang sepadan dengan kami yang cuma bertiga.
![]() |
Nyonya Pai Tee di Chicken Rice Shop |
Menu Makan Tengahari Triple Feast Set di Chicken Rice Shop
Oleh kerana kami cuma bertiga kerana si kecil mengikuti rombongan sekolah ke Pulau Pinang, maka kami memilih Triple Feast yang sesuai untuk 3 orang makan.

Semua senarai dalam menu kami ambil dan paling saya tak sabar nak makan tentulah kerabu mangganya! Memang sedap, rangup serta pedas tahap 5 bintang. Saya sengaja makan cilinya. Berpinar juga mata dan lidah dek kepedasan kerabu mangga tu... tapi saya suka!

Masa snap gambar ni, nasi dan ayamnya belum sampai.. hihi.. bila dah sampai lupa dah nak snap sebab dah kelaparan..

Sai To Fish Ball.. sedap juga!

Nyonya Pai Tee - rangup

Sayur bendi muda dengan sambal.. sedap nya.. apa namanya.. hihi

Kemudian kami makan dengan selera sekali sampai licin. Prime Honey BbQ Chicken dia memang kena dengan tekak dan selera saya dan si bujang. Encik suami lebih suka steamed chicken. Nasib baik ambil 2 jenis, kalau tak, makan sayur je la jawabnya.
Selepas makan kami kembali semula ke asrama menghantar si bujang. Tahun ini beliau akan menduduki exam SPM. Semoga suksess dan cemerlang ya duhai anak..
0 Comments