Resepi Sambal Belacan Simple

Resepi Sambal Belacan Simple. Mana satu pilihan anda, sambal belacan yang dikisar atau sambal belacan yang ditumbuk. Kalau rasanya sama, saya akan pilih kisar. Mudah, sekali jalan dan siap. Tapi jika sambal belacan yang ditumbuk lebih sedap, saya sanggup tumbuk demi dapat hasil yang terbaik.

Tapi, itu semua terpulang kepada individu itu sendiri.

Kalau kat restoran, saya tengok dia orang dah siap blender satu mangkuk. Barulah kick~!!

Resepi sambal belacan simple

Saya bukanlah peminat fanatik sambal belacan, kat rumah pun tak ada belacan. Tapi setiap kali balik kampung, jika ada kenduri keluarga.. kakak saya paling rajin ajar cara buat sambal belacan simple tapi sedap. Lepas tu makan dengan ulam daun gajus belakang rumah. Terliur dibuatnya..

Resepi Sambal Belacan Simple 


Bahan-bahan:

20 tangkai cili padi
1 tangkai cili hidup
1 inci sambal belacan - dibakar
2 biji limau kasturi - perah ambil airnya
Garam dan gula secukupnya
Serbuk perisa yang dibenarkan

Resepi sambal belacan simple

Cara buat sambal belacan yang simple


1. Semua bahan seperti cili padi, cili hidup, belacan yang telah dibakar, jus limau kasturi, garam, gula dan serbuk perisa dikisar sekaligus atau pun ditumbuk hingga lumat.

2. Tapi jika tumbuk, jus limau kasturi perah akhir sekali, setelah bahan-bahan yang lain lumat. Gaul rata.

3. Hidangkan dengan ulam kacang panjang atau kobis pun sedap.

Resepi sambal belacan simple

Selamat mencuba resepi buat sambal belacan yang amat simple. Budak sekolah rendah pun boleh buat, haha..

Sambal belacan yang saya buat di atas taklah pedas sangat sebab saya letak sedikit gula dan jus limau kasturi untuk seimbangkan rasanya. Anda pasti suka..
Resepi Sambal Belacan Simple Resepi Sambal Belacan Simple Reviewed by aynora nur on Januari 24, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.