Resepi Asam Pedas Daging

Resepi Asam Pedas Daging. Asam pedas daging selalu saya makan ketika duduk di asrama. Jika ikutkan pengalaman saya dengan keluarga, tak pernah pulak emak saya masak asam pedas daging. Bila dah pandai makan, tahu pula nak carik resepinya dan cuba buat sendiri. Lagipun sekarang ni, asam pedas telah dipelbagaikan. Lagi satu saya suka asam pedas tetel. Haha.. sedap yeop!!

Di bawah ni saya nak kongsikan asam pedas daging lembu. Kalau daging kambing di masak asam pedas, belum jumpa lagi.

Bila dah pandai makan asam pedas daging, mulalah sibuk google cari resepi paling mudah. Ada terjumpa tapi tak kena dengan cara saya. So, balik rumah belek-belek buku resepi, ada terjumpa resepi asam pedas daging, haa.. apa lagi. Lets go!! Jom cuba..

Resepi Asam Pedas Daging


Resepi Asam Pedas Daging


Bahan-bahan:

200 gram daging - direbus dan hiris nipis
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
1 inci lengkuas
1/2 cawan lada/ cili boh
1/2 cawan jus limau kasturi
1?2 cawan air asam jawa
1 sudu besar gula
Sedikit garam dan serbuk perasa

Cara menyediakan asam pedas daging yang mudah


1) Tumis bahan kisar dan cili boh hingga garing
2) Masukkan air asam jawa dan jus limau kasturi
3) Didihkan
4) Setelah itu masukkan hirisan daging, serbuk perisa, gula dan garam. Ikut citarasa masing-masing.

Selesai.

Anda boleh kongsikan resepi asam pedas daging yang simple dan pasti sedap.

Resepi Asam Pedas Daging Resepi Asam Pedas Daging Reviewed by aynora nur on Januari 04, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.