Biskut Oat rangup menjadi rangup kerana ditambah emping jagung di dalamnya. Resepi kali ini saya buat dalam sukatan gram kerana ia lebih tepat berbanding sukatan cawan. Jika anda nak guna sukatan cawan pun boleh, rujuk di sini.

Resepi Biskut Oat Rangup
Bahan-bahan:
125 gram mentega
125 gram gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telur
125 gram susu tepung
250 gram tepung naik sendiri
60 gram emping jagung - dikisar
125 gram oat - dikisar
Bahan hiasan:
Oat kasar
Cara menyediakan Biskut Oat Rangup
1. Satukan mentega dan gula kastor, pukul hingga kembang. Masukkan telur dan esen vanilla. Puul lagi hingga jadi sebati.
2. Kemudian masukkan susu tepung, tepung naik sendiri, emping jagung dan oat. Gaul hingga sebati dan uli hingga jadi doh.
3. Canaikan doh dan terapkan berbentuk bulat.
4. Tekankan di atas biskut menggunakan garpu dan taburkan oat di atasnya.
5. Bakar biskut selama 10 - 20 minit dengan suhu 180 darjah Celcius.
6. Bila telah masak, masukkan ke dalam bekas kedap udara agar kerangupannya bertahan lama.
Selamat mencuba resepi biskut oat rangup, yang pasti memang disukai oleh anak-anak kita. Cara membuatnya pun mudah. Dan, kosnya pun tak terlalu mahal.
0 Comments