Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Biskut Mentega Ceri

Biskut Mentega Ceri. Koleksi biskut raya kali ini berkongsi resepi biskut mentega ceri. Caranya mudah saja, hanya dengan beberapa langkah, dah boleh dapat biskut raya buatan sendiri. Jika anda tak suka membazir, lebih baik buat adunan yang sedikit saja. Kerana, budak-budak sekarang tidak suka makan kuih tradisi begini. Hihi..

Jika anda suka koleksi resepi yang lebih banyak, anda boleh juga layari blog saya yang lain iaitu aynorablogs dan cari menu RESEPI. Ada pelbagai koleksi resepi masakan yang sedap-sedap dan popular untuk anda pilih dan cuba.

Resepi Biskut Mentega Ceri


Biskut Mentega Ceri

Bahan-bahan:

500 gram tepung gandum
350 gram mentega
200 gram gula aising
100 gram telur
10 gram esen vanila
Ceri untuk di tabur pada atas biskut

Cara menyediakan Biskut Mentega Ceri


1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang

2. Kemudian masukkan telur, esen vanila dan tepung. Kacau hingga rata

3. Selepas itu, masukkan adunan ke dalam acuan dan bentuk kan mengikut kesukaan

4. Susun kemas di atas dulang pembakar dan taburkan ceri di atas permukaannya.

5. Akhir sekali, bakar pada suhu 200 darjah Celsius hingga masak.

Setelah siap, simpan dalam bekas kedap udara kerana biskut ceri mentega mudah lemau jika tidak disimpan dalam bekas yang betul.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close