Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Yang Sedap

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Yang Sedap. Siapa yang tak makan siput sedut rugi rasanya. Siput sedut paling sedap tentulah masak lemak cili api. Siput sedut yang agak susah adalah nak buang muncungnya tu.. kalau salah ketuk nanti siputnya tak boleh keluar bila di sedut. Bila tengok kakak saya buang muncungnya dengan ketuk je.. nampak macam mudah. Ada cara lain tak nak buang hujung siput sedut tu.. ?? Rujuk cara di bawah ni.. 

Biasanya saya beli kat kedai yang dah siap di masak. Terus makan.. memang sedap. Ada pula kawan serumah saya dulu masak lemak cili api siput sedut dengan batang keladi. Ya Allah.. sedapnya.. teringat-ingat sampai sekarang.

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Yang Sedap

Cara nak bersihkan siput sedut:

Haa.. tengok gambar di bawah bagaimana caranya nak potong muncung siput sedut tu. Potong guna cutter yea.. hihi


Mudah je kan. Kalau nak makan kenalah usaha.. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Yang Sedap


Bahan-bahan:

1 peket siput sedut
5 cawan santan - secukupnya
3 batang serai - dititik
1 keping asam keping

Bahan Dikisar:

10 biji cili api - boleh tambah
2 inci kunyit hidup
Garam kasar secukup rasa
* kalau kurang kuah boleh la ditambah santan lagi

Cara Masak Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Yang Sedap


1. Basuh dan bersihkan siput sedut kemudian dipotong hujung runcing siput sedut ni.

2. Bersihkan lagi siput, ditos serta diketepikan dulu.

3. Masukkan semua bahan kisar, serai yang dititik, semua santan ke dalam periuk yang sesuai.

4. Masak kuah sehingga hampir mendidih dan masukkan semua siput sedut, garam secukup rasa, asam keping dengan pucuk ubi (kalau ada).

5. Kacau kuah supaya tak pecah minyak, sekali-sekala boleh dikacau kuah dan bila dah masak boleh la ditutup api dapur.

6. Siap untuk dihidangkan dengan nasi putih.

Dah siap pun resepi siput sedut kita yang amatlah ringkas dan mudah. Macam berapa minit pun dah siap. Tapi pastikan siput sedut tu cuci bersih-bersih agar tak bau lumpur dia..

Kalau tengok kat atas tu.. cara masak dan bahan amatlah simple. Tak ada bawang putih, halia dan bawang merah pun. Ini lah cara original masak lemak cili api. Kalau tak puas hati, anda kisar je semua bahan di atas dan tambahlah bawang dan sebagainya. Boleh je..
Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Yang Sedap Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Yang Sedap Reviewed by aynora nur on Januari 07, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.