Resepi Bubur Chacha Biji Sagu Ringkas Tapi Sedap

Resepi Bubur Chacha Ringkas Tapi Sedap. Bubur chacha sedap tapi ringkas je cara nak buatnya. Boleh dimasak time boring tak tahu nak makan apa ketika minum petang. Masak bubur chacha pun main campak-campak je. Senang sangat..

Selain keledek oren yang boleh dicampur dalam bubur chacha, kita juga boleh masukkan pisang, buah labu kuning dan ubi sebagai bahan tambahan.

Resepi Bubur Chacha Biji Sagu Ringkas Tapi Sedap

Lagi sedap bila dicampur dengan sagu biji yang putih jernih. Rasa segar je lalu kat tekak. Terutama bila musim cuaca panas.

Resepi Bubur Chacha Biji Sagu Ringkas Tapi Sedap

Resepi Bubur Chacha Biji Sagu Ringkas Tapi Sedap


Bahan-bahan:

2 cawan Cha-cha (direbus dan ditoskan)
1 cawan sagu (rendam)
11 sudu gula (ikut selera manis sendiri)
3 batang ubi keledek oren - potong dadu
1 ketul gula melaka
2 helai pandan - simpulkan
1 kotak santan
Air secukupnya

Cara menyediakan Bubur Chacha Biji Sagu Ringkas Tapi Sedap


1. Panaskan air dan masukkan santan kotak. Kacau hingga sebati. Biarkan mendidih. Masukkan simpulan daun pandan sekali.


2. Masukkan keledek oren. Kacau rata. Biarkan hingga keledek empuk. Kemudian masukkan biji sagu. Biarkan mendidih.


3. Masukkan tepung bubur chacha yang berwarna warni. Kacau rata. Perisakan dengan gula dan gula melaka secukupnya.

Siap dihidangkan. Makan bila sejuk pun sedap. Letak ais pun okay, boleh legakan tekak yang panas.

Selamat mencuba resepi bubur chacha ringkas bersama dengan sagu biji. Rasanya yang sedap dengan bau daun pandan amat menyegarkan. 
Resepi Bubur Chacha Biji Sagu Ringkas Tapi Sedap Resepi Bubur Chacha Biji Sagu Ringkas Tapi Sedap Reviewed by aynora nur on Januari 13, 2018 Rating: 5

2 ulasan:

  1. sdpnya, resipi simple dan mudah. Hi..blogwalking sini. Jemput singgah blog kita www.diariashmira.blogspot.my

    BalasPadam
    Balasan
    1. thank you.. selamat mencuba resepi ya..

      Padam

Dikuasakan oleh Blogger.