Resepi Tomyam Campur Yang Sedap Dan Segar - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Sabtu, 13 Januari 2018

Resepi Tomyam Campur Yang Sedap Dan Segar

Resepi Tomyam Campur Sedap Dan Segar. Rasanya saya pernah kongsi resepi tomyam sebelum ini. Oleh kerana kerap makan tomyam dan selalu juga masak tomyam, maka sebab itu ada banyak resepi tomyam yang dikongsikan. Sebab.. ada ketika kita buat nak tambah itu dan ini, ada waktunya tomyam yang dibuat ala-ala seafood. Kali ini tomyam versi campur. Semua ada. Ayam, daging, sotong dan udang. Tapi kalau nak lebih sihat.. jangan campurkan semua itu. Kalau nak sotong dan udang, pun cukup. Ayam dan daging versi lain pulak yea..

Namun begitu, resepi yang saya share kat bawah nanti campur semua. Sebab kat rumah ada sikit-sikit balance lauk, maka saya campur semua biar bagi banyak sikit. Haha.. 😎😎😎

Resepi Tomyam Campur Yang Sedap Dan Segar
Gambar hiasan
Dalam masakan tomyam saya, biasanya akan ada banyak serai dan daun limau purut. Itu yang buat naik rasa tomyam lebih segar dan harum. Ada sesetengah restoran seafood ala Thai.. dia orang akan letak daun ketumbar. Terpulang pada citarasa masing-masing.

Resepi Tomyam Campur Yang Sedap Dan Segar


Bahan-bahan :-

1 mangkuk Isi ayam - potong dadu
1 mangkuk kecil daging - hiris nipis
2 ekor sotong - hiris kecil
1 mangkuk udang - dibersihkan
3 helai daun limau purut
perahan limau nipis
1 biji tomato - belah 6
2 batang serai - diketuk
1 biji bawang besar holland - dihiris
5 biji cili padi - diketuk
1 bungkus pes tomyam @ kiub tomyam (jika suka), 
Bunga kobis dan sayur-sayuran lain jika suka
air secukupnya dan garam

Cara-cara menyediakan tomyam campur yang sedap dan segar


1. Masukkan air rebusan ke dalam periuk. Biarkan seketika.

2. Masukkan bawang besar, tomato, serai dan cili padi ke dalam air rebusan yang hampir mendidih.

3. Masukkan hirisan ayam dan daging ke dalam periuk.

4. Apabila campuran sudah mendidih, masukkan sotong dan udang.

5. Seterusnya masukkan sayur-sayuran. Kemudian masukkan pes tomyam atau kiub tomyam tadi.

6. Akhir sekali masukkan garam, air limau nipis dan daun limau purut.

Resepi Tomyam Campur Yang Sedap Dan Segar

7. Kacau bahan-bahan dan biarkan mendidih seketika.

Tutup api dan hidangkan panas-panas. Sedap juga dihirup macam sup. Lebih lebih lagi bila ada rasa masam dan manis sikit tomyam tu.. sebab tu saya kalau masak tomyam letak sikit gula sebagai penambah sedap rasa tomyam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan