Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Cucur Kelapa Rangup Dan Sedap

Resepi Cucur Kelapa Rangup Dan Sedap. Nak share dengan anda semua yang suka makan cucur atau jemput-jemput, kali ini cucur yang saya suka iaitu cucur kelapa. Kelapa parut ya, bukan santan kelapa kotak tu. Cucur kelapa yang sedap adalah kelapa muda yang lembut dan lembap isinya. Bila di buat cucur, rasa lemak manis tu original datang dari kelapa parut. Memang sedap rasanya. Cucur kelapa sudah jadi hidangan yang kerap untuk sarapan pagi dan minum petang buat kami sekeluarga. Kalau pergi pasar, mesti beli sebungkus dua kelapa parut. Bukan untuk masak sebaliknya sengaja nak buat cucur atau lempeng kelapa. Tak pernah makan ke? Sedap tau.. sekali buat mesti nak cuba lagi. Cucur yang bubuh kelapa jadi lembut walau dah seharian digoreng.       

Resepi Cucur Kelapa Rangup Dan Sedap

Resepi Cucur Kelapa Rangup Dan Sedap


Bahan-bahan:

1 cawan kelapa parut
2 cawan tepung gandum
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam - larutkan dalam air jadi air garam
1 tangkai cili hidup - di potong halus
Minyak untuk menggoreng


Cara Buat Cucur Kelapa Rangup Dan Sedap


1. Masukkan kelapa parut ke dalam tepung, masukkan juga cili hidup yang telah diracik halus. Jangan lupa masukkan gula sekali. Gaul semua bahan hingga rata.

2. Bancuh dengan air garam sedikit demi sedikit hingga cair. Kadar kecairan ikut suka anda. Saya akan buat cair sedikit agar jemput-jemput atau cucur kelapa saya tetap lembut walau dah sejuk..

3. Guna jari atau sudu untuk masukkan tepung ke dalam kuali, saiz kecil atau besar ikut suka.

4. Goreng hingga garing atau warna oren kekuningan.

5. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Cucur Kelapa Rangup Dan Sedap

Dah siap resepi cucur kelapa yang rangup dan sedap. Anda boleh makan dengan sos bawang putih atau guna sos cili pun boleh. Sedap makan macam gitu je sebab rangup dan lemak manis rasa kelapa parut tu.. memang terangkat. Anda boleh pelbagaikan resepi cucur atau jemput-jemput kelapa ni dengan mencampurkan daun sup dan juga ikan bilis.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

close