Resepi Kuih Keria Sedap Dan Lembut - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Jumaat, 26 Januari 2018

Resepi Kuih Keria Sedap Dan Lembut

Resepi Kuih Keria Sedap Dan Lembut. Siapa di sini suka makan kuih keria? Saya rasa semua orang pun suka makan kuih keria, samada kuih keria dibuat dengan keledek ataupun dengan ubi kayu.. dua-duanya pun sedap. Eh! Boleh ke ubikayu buat keria? Bolehh... sedap juga rasanya. Tak pernah cuba bolehlah mencuba berdasarkan resepi di bawah nanti.

Kalau nak buat keria guna ubi kayu, mudah aje. Ambil anggaran 5 ketul ubi kayu, kemudian direbus dan dilecek bersama sedikit garam. Campur tepung ikut citarasa (keras atau lembut), bentukkan gegelang dan kemudian goreng. Cara sira pun sama dengan resepi keria keledek yang saya kongsikan di bawah.

Resepi Kuih Keria Sedap Dan Lembut

(Sumber: Azie Kitchen)


Resepi Kuih Keria Sedap Dan Lembut

Bahan-bahan:

Ubi keledek - rebus dan tumbuk
Tepung gandum secukupnya

Cara membuat kuih keria lembut dan sedap


1. Satukan kedua dua bahan di atas dan gaul sebati. Ambik secubit adunan dan dibulat bulatkan.

2. Ambil sebiji doh yang dibulatkan dan dibentuk seperti kuih keria dengan dileper dan kemudian dibuat lubang di tengahnya.

3. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas dan goreng kuih keria. Bila ianya berwarna keperangan, dibalik balikkan. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu. Sedia untuk disira.


Resepi Kuih Keria Sedap Dan Lembut
Bahan Sira:

3 sudu besar gula
2 sudu besar air
Secubit tepung gandum - pilihan

Cara menyediakan bahan sira kuih keria 

1. Masakkan gula dan air dengan api perlahan sehingga air gula pekat dan berbuih buih. Masukkan kuih keria yang telah disejukkan dan dikacau rata rata.

2. Apabila air gula bersalut rata di kuih keria, taburkan sedikit tepung gandum supaya ia tahan lama dan tidak mudah cair.

3. Terus dikacau rata sehingga kerak gula melekat di kuih. Tutup api dan bolehlah dikeluarkan dari kuali.

Nampak tak sedapnya kuih keria, kuih muih tradisional kita yang sentiasa dicari. Cara buatnya pun mudah, murah kosnya dan boleh dimakan bila-bila masa. Untuk minum petang ataupun sarapan pagi. Kuih keria sedap dan mudah pasti dicari... hihi..

Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan