Sayur Lemak Kuning Tauhu Dengan Taugeh - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Selasa, 30 Januari 2018

Sayur Lemak Kuning Tauhu Dengan Taugeh

Sayur Lemak Kuning Tauhu Dengan Taugeh. Haih! Pening nak masak sayur apa hari ini, tengok peti ais macam tak ada bahan nak masak. Pening juga macam ini bila tepu otak nak masak apa, kan..

Belek-belek ada pulak lebihan tauhu dengan tauge ketika buat mee goreng semalam. Hmm.. datang idea masak lemak kuning tauhu dengan tauge. Ada pulak sedikit kacang buncis, bolehlah dicampur sekali. Hihi...

Sayur Lemak Kuning Tauhu Dengan Taugeh

Resepi Sayur Lemak Kuning Tauhu Dengan Taugeh


Bahan-bahan:

Sayur Lemak Kuning Tauhu Dengan Taugeh

Antara bahan-bahannya adalah,

3 keping tauhu - di potong dadu
1 mangkuk kecil taugeh - dibersihkan
5 tangkai kacang buncis
1 kotak santan
1 inci kunyit hidup - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
5 batang cili hijau - dikisar
secubit ikan bilis - dikisar
Garam secukup rasa

Sayur Lemak Kuning Tauhu Dengan Taugeh

Cara menyediakan lemak kuning tauhu dengan taugeh


1. Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau

2. Masukkan tauhu dan goreng sebentar. Supaya tak lembik dan pecah bila dicampur dengan sayur lain.

3. Masukkan pula sayur buncis dan gaul rata.

4. Kemudian, masukkan santan. Kacau dan biarkan seketika hingga mendidih.

5. Akhir sekali, masukkan taugeh. Perisakan dengan garam.

Lemak kuning tauhu dengan taugeh siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba resepi yang mudah dan sedap ini sebagai alternatif menu harian anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan