Resepi Kek Mentega Oren Dan Cara Menyediakannya Hingga Gebu

Resepi Kek Mentega Oren Dan Cara Menyediakannya Hingga Gebu. Kek mentega oren ni mudah saja menyediakannya. Hasilnya pasti gebu dengan tepung naik sendiri yang ada tersedia di pasaraya. Tak perlu nak jemur tepung bagai.. hihi.. jika anda tengok step by step di bawah.. dengan beberapa langkah kek mentega oren anda dah siap dan boleh dimakan panas-panas.

Resepi Kek Mentega Oren Dan Menyediakannya Hingga Gebu

Kek mentega oren atau kek oren moist disebut juga kek oren lembap gebu. Semuanya menghasilkan kek oren yang gebu jika anda buat dengan sukatan yang betul dan ikuti langkahnya dengan teliti. Dalam beberapa step, dah siap. Kalau nak buat kek oren lembap, anda digalakkan untuk timbang bahan-bahan anda dalam sukatan gram. Boleh juga nak buat dengan sukatan cawan tetapi sukatan gram adalah yang lebih tepat. Itu kata pakar kek tau.. bukan saya yang kata.

Resepi Kek Mentega Oren Yang Gebu


Bahan-Bahan:

225 gram mentega atau marjerin
1 1/2 cawan gula halus
4 biji telur Gred A, diasing kan putih dan kuning
2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour) diayak
2 biji oren, diparut kulitnya
4 sudu besar jus oren yang telah di perah


Cara Menyediakan kek mentega oren yang gebu


1. Pukul mentega/merjerin dengan gula hingga kembang atau hingga gula hancur. Masukkan parutan kulit oren terus memukul.

Resepi Kek Mentega Oren Dan Menyediakannya Hingga Gebu

2. Masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memukul hingga habis. Terus memukul hingga gebu.

3. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren tadi. Gaul hingga rata dan ketepikan.

4. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga kembang dan pekat. Kaupkan putih telur ke dalam adunan kek sambil digaul sehala hingga sebati (jangan terlebih gaul).

5. Tuangkan adunan ke dalam tin kek yang telah disapu mentega dan dialas kertas pada dasar tin.

6. Bakar dalam oven yang terlebih dahulu dipanaskan pada suhu 175C selama 40 minit. Suhu bergantung pada oevn masing-masing.

7. Sejukkan kek sebentar sebelum dikeluarkan dari acuan. Siap dan boleh dihidangkan.



Dah siap pun kek mentega oren yang gebu gebas dengan resepi yang mudah dan cara buatnya pun senang diikuti. Kalau anda suka dan resepi ni telah dicuba dan menjadi... boleh share dengan kekawan dan keluarga tersayang.
Resepi Kek Mentega Oren Dan Cara Menyediakannya Hingga Gebu Resepi Kek Mentega Oren Dan Cara Menyediakannya Hingga Gebu Reviewed by aynora nur on Januari 10, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.