Resepi Ikan Kembung Masak Asam Pedas - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Rabu, 10 Januari 2018

Resepi Ikan Kembung Masak Asam Pedas

Resepi Ikan Kembung Masak Asam Pedas. Sedapnya makan asam pedas ikan merah semalam kat satu restoran kegemaran kami sekeluarga. Bila fikir balik nak masak asam pedas kat rumah, nak cari ikan merah bukannya ada kat semua kedai runcit atau mini market. Nak cari kat Aeon malas pulak. Akhirnya kami masak asam pedas juga tapi digantikan dengan ikan kembung.

Ikan kembung goreng kegemaran anak saya yang kecil. Kalau nak suruh dia makan ikan, mudah aje. Gorengkan ikan kembung pasti licin pinggan..

Resepi Ikan Kembung Masak Asam Pedas 


Asalnya, resepi ikan kembung asam pedas saya ambil dari Google dan kemudian saya sesuaikan dengan citarasa kami sekeluarga. 
Resepi Kembung Masak Asam Pedas
Gambar hiasan
Bahan-bahan

3 ekor ikan kembung - bersihkan dan potong 2
10 batang bendi
2 batang serai - dititik
1/2 cawan air asam jawa atau 1 keping asam keping
1 cekak daun kesum
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
1 kuntum bunga kantan - kalau tak ada pun tak apa
air secukupnya

Bahan Kisar
8 ulas bawang merah
18 tangkai cili kering
4 ulas bawang putih
3 batang cili merah
1 inci belacan

Cara Masak Asam Pedas Ikan Kembung


1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis semua bahan kisar bersama serai yang dititik tadi. Tumis sehingga terbit minyak dan harum.

2. Masukkan air asam jawa dan air secukupnya kemudian biarkan sehingga kuah mendidih. Masukkan daun kesum dan perasakan dengan garam.

3. Masukkan ikan dan biarkan merenih dan empuk. Masukkan bendi dan bunga kantan. Bila bendi dah hancur atau lebur, ikan kembung asam pedas siap untuk dihidangkan. Tapi kalau saya, lebih suka bendi masak sekejap je. Macam ulam gitu..

Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan