Resepi Sambal Sotong Sedap Dan Ringkas - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Isnin, 15 Januari 2018

Resepi Sambal Sotong Sedap Dan Ringkas

Resepi Sambal Sotong Sedap Dan Ringkas. Sambal sotong ringkas yang saya kongsikan boleh juga dimakan dengan nasi lemak. Pasti sedap nasi lemak anda dengan aroma sambal sotong yang membuatkan perut lapar. Haha...

Resepi Sambal Sotong Sedap Dan Ringkas

Sotong pun antara makanan laut yang boleh tahan mahal, 1 ekor saiz sederhana pun dah RM2.30. Kalau beli 4 ekor dah dekat RM10. Tapi nak makan punya pasal, lebih baik beli dan boleh makan banyak kali. Semoga anda dapat buat resepi yang saya kongsikan di bawah.

Resepi Sambal Sotong Sedap Dan Ringkas


Bahan-bahan:

4 ekor sotong - dipotong kecil
1 bungkus kecil cili boh
20 gm lengkuas - dikisar
1 batang serai - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 sudu gula
Sedikit air asam jawa @ 1 keping asam keping
1 biji bawang besar - dihiris nipis
Sedikit garam dan serbuk perisa

Cara menyediakan sotong sambal sedap


Resepi Sambal Sotong Sedap Dan Ringkas

1. Gaul cili boh dengan gula, garam dan air asam jawa. Ketepikan

2. Kemudian panaskan minyak. Masukkan bawang besar bersama cili boh tadi. Biar masak lebih kurang 10 minit.

3. Masukkan bahan kisar dan biarkan 10 minit.

4. Setelah itu masukkan sotong yang telah dipotong kecil dan gaul rata. Biarkan masak seketika.  Sedia untuk dihidangkan.

Cara masak sotong sambal di atas cukup simple, dan pasti sedap. Jika anda nak guna cili kering pun boleh, ambil 10 tangkai dan blender dengan bahan-bahan dikisar tadi.

Mudah je, kan?

2 ulasan:

  1. yummy... sedapnya. Baru 3 hari lepas buat sambal sotong. pasni nak cuba resepi sis la. tq sharing!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom la cuba.. banyak cara kita buat.. semakin sedap masakan kita.. ;)

      Padam