Resepi Sambal Tahun Isi Kerang Tanpa Santan - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Jumaat, 12 Januari 2018

Resepi Sambal Tahun Isi Kerang Tanpa Santan

Resepi Sambal Tahun Isi Kerang Style Jawa. Sambal ada banyak jenis, antaranya sambal tumis, sambal pengantin, sambal goreng jawa, sambal tahun jawa isi kerang, sambal totok dan banyak lagi. Kesemua yang namanya sambal saya suka. Lagi satu sambal kacang. Kalau sambal kacang tu sedap, saya main hirup aje pun tak apa. Anda bagaimana? Kita serupa ke? Makan nasi tanpa sambal macam tak syiok kan.. lebih-lebih lagi bila kita habis penat bekerja. Makanan nak kena ada penaik selera baru lah ada semangat nak makan.. 😎😎😎😘😘

Oh ya.. sambal tahun yang saya nak share ni adalah sambal tahun isi kerang tanpa santan. Biasanya orang buat dengan santan. Kali ni versi tanpa santan. Jadi dia tahan lama dan boleh simpan dalam freeze. Bila nak makan panaskan semula.

Menurut sumber.. sambal tahun tak terbatas isinya kepada isi kerang je, malah paling famous jika sambal ini di adun bersama Kulit Lembu atau dikenali sebagai Lulang Lembu dalam istilah Jawa. Tapi secara amnya, ada segelintir orang tidak gemar atau tidak pandai untuk meratah kulit lembu tu. Kalau saya, saya lebih gemar makan Sambal Tahun yang berasaskan kulit lembu, enak sangat rasanya.... tapi disebabkan agak sukar nak dapatkannya, alternatifnya ialah menggantikan kulit lembu dengan kerang, kaki ayam ataupun apa-apa je yang sesuai.

Resepi Sambal Tahun Isi Kerang Tanpa Santan Style Orang Jawa


Resepi Sambal Tahun Isi Kerang Tanpa Santan
Gambar hiasan

Bahan-bahan:

Kerang 1 kilo - ambil isi je
*lengkuas muda (400gm) (dihiris nipis)
*udang kering (200gm)
*belacan (1 inci)
*air asam jawa
*bawang besar (4biji) (dikisar)
*bawang merah (10 ulas , dihiris)
*bawang putih (1 labu)
*cili api (200gm)
*tauchu (2 camca ambil kacang dia jer,)
*garam
*gula
*ajinamoto

Bahan Direbus (rebus berasingan)

Cili padi
Lengkuas
Kerang

Cara-cara masak sambal tahun isi kerang tanpa santan


1. Mula sekali panaskan minyak, kemudian masukkan bawang yang dihiris sehingga layu

2. Masukkan bawang yang dikisar sampai naik minyak

3. Masukkan belacan, udang kering, air asam jawa, tauchu, cili padi, lengkuas dan kerang

4. Akhir sekali, letakkan garam, gula dan perasa secukup rasaa

Kredit resepi via FB masak apa hari ni

Resepi Sambal Tahun Isi Kerang Tanpa Santan
Gambar hiasan

Sambal tahun ini dipanggil sedemikian kerana ia boleh dihangatkan semula bila nak dimakan. Keluarkan dari peti ais dan panaskan. Boleh tahan lama jika tak habis lagi la.. so, kena buat banyak-banyak. Bila teringin nak makan.. panaskan je. Kalau isi kerang dah habis, tinggal kuah je.. boleh tambah isi kerang yang baru. Begitulah kaedahnya makan sambal tahun isi kerang yang viral ni..

Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan