Cara Buat Kuih Tiram Rangup Dan Sedap - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Jumaat, 23 Februari 2018

Cara Buat Kuih Tiram Rangup Dan Sedap

Cara Buat Kuih Tiram Rangup Dan Sedap. Bila dah ada koleksi resepi cara buat kuih tiram atau lidah buaya ni, bolehlah pakat ramai-ramai buat kuih ni untuk santapan keluarga di hari raya. Kuih tiram memang jadi kuih faveret saya tak kira raya atau tidak.. kalau ada jual kat mana-mana, saya beli aje.. kalau kat Johor ni, saya suka beli kat Ayer Hitam. Ada je yang jual kuih tiram yang sedia dimakan bila-bila masa.

Kuih tiram atau lidah buaya disebut begitu kerana bentuknya yang berlapis macam lidah. Lepas tu tebal tapi rangup. Ada salutan gula halus diluarnya pula. Kalau tak manis tak sedap. Namun kena berhati-hati sesiapa yang ada penyakit berkaitan, berpadalah makan kuih tiram ni terutamanya ketika hari raya.

Cara Buat Kuih Tiram Rangup Dan Sedap

Cara Buat Kuih Tiram Rangup Dan Sedap
Kuih tiram yang belum disira


Resepi Kuih Tiram Rangup Dan Sedap


Bahan-bahan:

Cara Buat Kuih Tiram Rangup Dan Sedap

500gm tepung
1 biji telur
2 sudu makan margerin
1 sudu teh garam
1 cawan air
**6 sudu tepung jagung**
**6 sudu minyak**

Cara-cara buat kuih tiram atau lidah buaya yang sedap


1. Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.

2. Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)



3. Uli doh supaya jadi nipis. Akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai.

**note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja..


4. Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.

5. Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari..untuk mendapat lapisan yang banyak,kena la canai adunan panjang agar gulungannya pun banyak kali.

Nipis dan tebal terpulang kepada selera masing-masing ye



6. Tekan sedikit dengan jari agar mudah untuk dicanai

7. Amik doh kecil tadi & canai leper..bila dah agak leper,nak canai 2,3 sekali pun boleh..

Bila dah canai tu, susun atas permukaan (seperti atas talam) yang sudah ditabur tepung agar tidak melekat satu sama lain.

8. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali..

9. Goreng hingga kekuningan (api jangan terlalu kuat), toskan minyak & sira @ gaul dengan gula halus..

Cara Buat Kuih Tiram Rangup Dan Sedap

10. Dah siap! Bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.

Kredit: Senangnya Masak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan