Cara Masak Kari Kepala Ikan Sedap

Cara Masak Kari Kepala Ikan Sedap. Kari kepala ikan masak style mamak memang sedap. Pernah makan sekali tu dekat satu restoran.. memang kaww la.. isi dia pun masak, rata rasanya dan lembut tulang kat kepala ikan tu. Agaknya berapa lama nak kari kepala ikan sampai lembut isinya dan rasa meresap dalam seluruh kepala ikan tu? Nanti kita cari caranya.. hihi. Kari kepala ikan dimasak menggunakan rempah ikan segera, kalau nak buat sendiri dipersilakan. Rempah kari ikan adabi paling saya suka, warnanya cantik dan bau karinya sedap. Tapi terpulang pada anda lah. Kalau nak masak kari kepala ikan, kami akan tunggu waktu cuti sekolah sebab hero besar kami suka makan menu tersebut. Kalau yang kecil tak pandai makan lagi.., tapi oh ya! Ikan tak ada dijual kat Lazada ke??

Kari kepala ikan paling sesuai tentulah ikan bersaiz besar contohnya ikan merah. Dapat kari kepala ikan merah, tak bangun dari kerusi jawabnya. Ikan lain yang sesuai termasuklah ikan ayam dan ikan jenahak. Kepala ikan tersebut banyak isi.. sedap meratahnya nanti..

Cara Masak Kari Kepala Ikan Sedap

Cara Masak Kari Kepala Ikan Sedap

Tapi kanak-kanak yang masih bersekolah tidak digalakkan makan kepala ikan. Orang tua-tua kata takut susah nak mengingat ketika belajar.. entah betul entahkan tidak. Susah nak menjawabnya.. ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž

Cara Masak Kari Kepala Ikan Sedap


Jom kita tengok resepi kari kepala ikan yang sedap ala mamak tapi asli rasa tempatan. Yang macam kari mamak tu pada kepekatan kuahnya.

Resepi Kari Kepala Ikan 


Bahan-bahan:

Kepala ikan Merah dibersihkan dan di belah dua
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia
3 camca besar rempah kari ikan

Bahan-bahan tumis:

2 ulas bawang putih, dihiris halus (kalau besar guna 1 ulas saja)
4 biji bawang merah kecil, dihiris halus
1 camca teh halba campur (terdiri dari halba, jintan putih/kasar dan biji sawi)
2 tangkai daun kari

Bahan-bahan lain:

Air asam jawa
3 biji tomato, dibelah dua
Bendi
Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
2 biji cili merah/hijau, dibelah dua, jangan putus
1/2 kiub ikan bilis (pilihan)

Cara masak kari kepala ikan


1. Bersihkan ikan, perap dgn asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Gaul rata.

2. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan-bahan tumis hingga wangi. Masukkan rempah yang telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api perlahan.

3. Masukkan air asam jawa (kurang lebih 700ml, atau ikut suka), masukan bendi dan kacau. Biar hingga mendidih. Masukkan ikan dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa jika suka.

4. Bila mendidih, masukkan tomato dan belahan cili hijau dan merah. Biar mendidih seminit dua dan siap.

Begitulah perkongsian resepi dan cara masak kari kepala ikan yang sedap hingga menjilat jari. Nak cari bahan-bahan memasak sekarang ni mudah je.. kat Lazada pun ada. Sebut pasal Lazada, saya baru saja beli 3 barang dari Lazada. Cepat dan kebanyakan barang yang kita nak semua ada. Kalau barang tu tak ada, Lazada dengan pantas maklumkan.

Haha... melalut pulak. Baiklah. Selamat memasak kari kepala ikan ya..
Cara Masak Kari Kepala Ikan Sedap Cara Masak Kari Kepala Ikan Sedap Reviewed by aynora nur on Februari 22, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.