Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kenali Rempah Ratus Di Dapur Dengan Mudah

Rempah Ratus Di Dapur Yang Perlu Anda Tahu. Siapa yang selalu masuk dapur dan memasak, anda mesti dah kenal pelbagai rempah ratus yang digunakan dalam masakan. Dari sehalus-halusnya sampailah kepada rempah ratus yang mudah dilihat dan dikenali. Nak tahu juga lah.. agaknya ada berapa jenis rempah ratus yang anda kenal? Dua.. tiga? Atau langsung tak kenal? Saya kenal rempah ratus 3 serangkai yang biasa dipanggil rempah tumis. Biasa kat kedai ada jual pek-pek kecil berharga 0.50 sen tu. Rempah tumis tersebut adalah bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis. Yang tu memang kenal sangat.. hihi

Setiap rempah ratus ada banyak kegunaannya. Contohnya jika anda masak sup, tumis bahan asas dengan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga akan menaikkan bau harum sup tersebut. Kalau nak goreng ayam.. boleh tumbukkan jintan manis, jintan putih dengan ketumbar. Ayam goreng anda pasti rasa sedap dan rangup.

Untuk naikkan rasa sedap dan sihat nasi lemak, boleh masukkan halba. Nak masak daging black pepper, boleh kisarkan lada hitam ke dalam menu tersebut.

Kenali Rempah Ratus Di Dapur Dengan Mudah


Kenali Rempah Ratus Di Dapur Dengan Mudah

Senarai rempah ratus berdasarkan gambar di atas, untuk kegunaan di dapur...

1. Kayu manis
2. halba (untuk period pain bagus)
3. bunga cengkih (untuk sakit gigi)
4. lada hitam (buang angin)
5. lada sulah
6. bunga lawang
7. buah keras
8. jintan manis
9. jintan putih
10. ketumbar
11. Habbatus sauda (banyak khasiat)
12. buah pelaga

Jadi, anda kena simpan senarai dan gambar rempah ratus di atas agar memudahkan urusan di dapur. Kalau tak kenal rempah ratus, naya segala lauk pauk lain rasanya. Lagipun, segala rempah ratus tersebut amat banyak keperluan dan khasiatnya jika digunakan secara betul dan dengan panduan orang yang faham tentang khasiatnya rempah ratus tersebut.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close