Cucur Manis Kembung Lembut Di Dalam Rangup Di Luar

Cucur Manis Kembung Lembut Di Dalam Rangup Di Luar. Tajuk resepiku ini agak panjang dan jelas. So, bagi orang mudah faham akan bentuk hasil resepi yang dibuat. Haha.. siapa lah yang tak kenal cucur manis kembung viral tak ingat dunia ni ya? Nampak dalam gambar macam sedap, bulat, kekuningan.. dan macam rangup je? Iya ke cucur manis kembung yang viral tu sedap? Tolong tengok betul-betul hasil tangan saya kat bawah ni.. adakah anda percaya cucur manis kembung yang viral tu sedap dan rangup?

Cucur Manis Kembung Lembut Di Dalam Rangup Di Luar

Hasil air tangan saya atas permintaan si bujang kecil. Tak tahu nak komen.. sebab sendiri yang buat.. kan? Tetapi terus terang.. saya tak berapa suka rasa cucur manis kembung yang viral ni.. mungkin sebab dah biasa buat cucur guna air sejuk.. bila guna air panas mendidih rasa lain macam sikit. Itu pendapat saya la.. citarasa kan berbeza.

Tapi anak saya dan En suami suka pulak. Rangup di luar dan lembut di dalam. Ini mesti kes malas nak mengunyah!๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž

Ada 2 pilihan nak hasilkan cucur manis kembung ni, anda boleh guna samada susu manis atau pun gula untuk rasa manis cucur kembung anda. Saya guna gula.. senang nak adjust rasa manisnya.

Resepi Cucur Manis Kembung Lembut Di Dalam Rangup Di Luar


Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum
3 cawan air panas mendidih
Sedikit garam
3 sudu makan gula
1 sudu teh / Sedikit perisa vanilla

Cara menyediakan cucur manis kembung lembut


1. Campurkan garam dalam air panas supaya mudah larut

2. Masukkan gula dan perisa vanilla ke dalam tepung. Tuang air panas itu perlahan-lahan sambil di gaul rata.

3. Ambil doh dengan tangan sebesar guli atau ikut suka hati, bulatkan hingga habis. Kalau lekat, basahkan tangan dengan minyak masak atau pun air.

Ketika proses membulatkan doh,
Tapi buat ala kadar pun boleh
Masuk dalam kuali bulat lah ia..

4. Biarkan sejuk seketika.

5. Kemudian goreng dengan minyak yang panas pada api sederhana.

6. Sentiasa bolak balikan cucur manis anda untuk dapatkan warna kekuningan yang rata dan bentuk bulat cantik.

7. Angkat dan hidangkan.

Siap sudah cucur manis kembung saya yang kononnya ikut resepi yang viral tu.. hihi, tapi jika tanya pendapat saya secara jujur, saya lebih sukakan cucur rangup sayur dan ikan bilis. Yang itu memang legend.. haha

Selamat mencuba.
Cucur Manis Kembung Lembut Di Dalam Rangup Di Luar Cucur Manis Kembung Lembut Di Dalam Rangup Di Luar Reviewed by aynora nur on Februari 24, 2018 Rating: 5

1 ulasan:

  1. Wow.. sedap.. selalu guna air panas..
    tp first time guna esen vanila dalam cucur

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.